Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Wednesday, December 19, 2012

Perkahwinan itu......♥



الحمد لله‎.. Sudah menjengkau 2 tahun perkahwinan kami.. Pelbagai suka duka kami harungi bersama. Eda masih ingat lagi kata2 abah eda ketika itu eda masih anak dara. 5 Tahun pertama perkahwinan, kene belajar banyak bende sebab ketika itu kita baru nak belajar tentang satu sama lain. 

Iyelah, belajar sesuaikan diri dgn cara hidup pasangan, fikiran die dan family dia. Bila sudah mempunyai anak, belajar bagaimana untuk sama2 uruskan rumahtangga. Kene belajar bende baru pula bagaimana nak bahagikan masa antara kerja, rumah, anak dan pasangan..

Buat masa ni, الحمد لله‎.. eda rasa banyak manfaatnya apabila berumahtangga dan duduk berasingan dengan family. Sebab bila sudah ada rumah sendiri, kita akan "ter"paksa belajar untuk uruskan hidup. "Ter"paksa mengawal kewangan supaya mencukupi untuk keperluan bulanan seperti bil api, air, telefon, astro, sewa rumah,byr 2 keta. Belum kira lagi berapa banyak duit melulu keluar time nak pindah masuk umah, dgn deposit 2 bulan sewa dan bil2..huhu...sewa umah kalau bwh rm500 kat jb ni mmg dah kira bertuah...kalau eda jadi lelaki mmg akan fikir 10x kot sebelum nak kahwin ^_^ hehe....

Ingat lagi bila pindah masuk umah sewa..umah sendiri tak siap lagi.. umah kosong je..yg ada tilam dan tv kepunyaan hubby time bujang2..haha.... Hari ni sampai terus basuh umah, esok terus shopping brg umah. Pertama beli set bilik tido la kn..yg lain beransur2 bulan hadapan.. Seronok rasa ketika tuh, kami bersama2 dok congak kewangan untuk isikan rumah yg tercinta ni..Sbb kene berhati2 juga, takut terlalu banyak barang nanti susah nak pindah masuk umah sendiri..Lagi gerun kalau brg jadi terlebih dan menyerabutkan umah sendiri nnt..hehe

Belum kira eda kene belajar dan mempraktiskan skill memasakan eda kn. hehe...selebihnya mengemas dan membasuh tuh biasalah, bila dah berdua kurang kotornya. Sekali sekala akan dilakukan, tak boleh tak laku nanti jadi tongkang pecah.hehe...الحمد لله‎.. eda sgt2 bersyukur dgn apa yg kami lalui sekarang ini. Mungkin ada yang cakap kami baru 2 tahun kahwin, mmg bahagia je memanjang..Tapi bagi eda الحمد لله‎.. eda percaya selagi eda serahkan kepada Allah urusan jodoh dan rumahtangga, insyaAllah. Sentiasa berbaik sangka dengan percaturan dariNya.. Bila timbul masalah, duduk fikir dahulu kesalahan diri, kemudian baru berbincang dgn pasangan. Eda lagi suka minta maaf dahulu.. Ermm...tips paling bagus, amalkan solat jemaah sentiasa dgn hubby. Bila ada masalah, time kita solat dan bersalaman pasti kami akan minta maaf kembali. الحمد لله‎.. 

Kepada kawan2 diluar sana, eda sarankan bila nak berumahtangga, cuba la fikirkan untuk tinggal berasingan dengan mak ayah. Kalau ye anda ber"ALASAN" nak menjaga mereka, boleh aje sewa umah sebelah ke..macam jiran eda..anak2 dah kahwin dan pindah duduk dekat2 je..bagus camtu...Bukan apa, korg akan ada hidup privasi sendiri.. Masalah rimahtangga or masalah sikap sendiri ke (mcm mls nk kemas umah, memasak, basuh, jaga anak) akan ditanggung sendiri.. Tidak nanti kita akan bergantung kepada org tua kita..Bila penat balik keje rasa macam "eh xpela, mak ada biar die masak la..jaga budak la..."..ha..!!! itu bkn menjaga dah namanya...mebunuh org tua kita lagi la..!! Dari situ korg akan "ter"paksa belajar untuk uruskan hal hidup korg.. Percayalah..telah banyak kehidupan yg eda lihat bila pasangan yg dh kahwin hidup bersama mak ayah, mereka jadi kurang berdikari. Berdikari cari duit itu mungkin la dorang bagus, tapi dalam hal urusan rumahtangga, kurang berkembang.. 

Tapi eda tak cakap semua la..Ada juga rakan2 eda yg tinggal dgn mak ayah tapi SubhanaAllah kehidupan berumahtangga mereka sama berkembang. Sebabnya??? Ilmu agama yg bagus dalam diri mereka. Mereka tahu hak dan tanggungjawap mereka dan mereka melaksanakan. Tidak membebankan ibu bapa, malah benar2 menjaga kebajikan mereka. Itu baru BAGUS...!!!! 

Percayalah, mane ada orang tua yg akan kata kita membebankan mereka. Tapi kita sendri boleh fikir dan bezakan antara kudrat kita dan mereka.. Jika kita penat lelah, ini kan pula mereka.. Cukuplah bagi eda zaman kita kecil2 dulu mereka berkorban, kini biarlah mereka habiskan sisa hidup mereka dengan bahagia dan tenang.. Kalau tak bersedia semua itu, eda sarankan simpan aje hajat korg nak berkahwin ye.. Belajar dulu hal rumahtangga dahulu baru fikir nak berkahwin.. ^_^









0 comments:

Post a Comment