Pages

Wednesday, April 13, 2011

Steak Ayam Eda♥Joe


Assalammualaikum

Kali ini eda nk try masak ayam ala-ala stik melayu ^_^ Sebelum
ni biasa buat utk daging je.. Tapi kali ni cube resepi baru plak. Idea ni atas cadangan hubby tersayang la.. Hubby nk mkn stik tp bkn dari daging. Takut selalu makan daging nanti perangai akan jd
mcm harimau ^_^ hehe..

Actually ramuan die sama je cam stik daging. Ramuan ni eda belajar dari family eda sbnrnya.. Selalunya bile semua berkumpul, msti abah ajak masak stik. Sgt sedap ^_^

Bawah ni ramuannya. Kuantiti tuh eda tak sure la..Macam biasa ikut naluri dan citarasa sendiri ye >_<


Ramuan:
  1. Ayam
  2. Bawang kuning
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. Lada hitam
  6. Jintan manis
  7. Jintan putih
  8. Daun sup dan daun bawang
  9. Sos tiram
  10. Sos pati ayam
Cara-cara:

1. Ayam dipotong ikut citarasa sendiri.

2. Cincang halus bawang kuning, putih, dan halia.
Selalu eda akan lebihkan bawang kuning coz die manis dan ba
u wangi. kalau malas sgt blh kisar juga.

3. Lada hitam, jintan manis dan jintan putih ditumbuk hingga sedikit hancur.
Eda kurang berminat guna serbuk lada hitam coz ada campuran ajinomoto. Yang pure biji2 lebih best pedas dan panasssss peyut bile makan^_^

4. Daun sup dan daun bawang di hiris halus.
Ini adalah optional nk letak atau tak..eda letak utk tmbh bau wangi je.hhehe

5. Semua bahan di atas digaul bersama ayam, sesudu sos tiram dan pati ayam. Peramkan dalam sejam..
Bagi eda, sos tiram yang banyak boleh mendatangkan rs mual. Jadi selalu eda letak sikit je..

6. Bungkus dengan menggunakan aluminium foil dan bakar di atas pan pada api yang perlahan.
Untuk elak ayam kering dan kurang masak, tutup pan untuk m
enambahkan tekanan jadi cepat masak.

7. Masak dalam 45min dan boleh di makan..yumieeee ^_^




p/s: Nak sedap boleh goreng kentang dan buat kentang putar. Time anak dara, penah menuntut dgn Cheff kt umah tu (adik). Tapi sudah lupa detail..xpela lain kali eda akan post ^_^



2 comments:

joe said...

nak lg stik ayam.. so lg..

Aida ed (^_^) said...

sok plok..arini chef cuti >_<

Post a Comment