Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Tuesday, April 26, 2011

Cek mek Molek ♥


Salam semua

Semalam eda de buat cek mek molek khas utk hubby tercinta.. Eda rs kesian plak sebab hubby dh cari merata kedai kat umah ni tp tetap xde..Jadi kami terus g kedai beli ubi keledek.Klakar gak la g cari sebab eda ingat ubi keledek ni de sejenis rupenye. Puas cari yang kuning2 oren tp xjump..rupenye ubi keledek kat kedai tuh wane putih..malu.....hehe ^_^ Korg tau x asal usul kuih comel ni?? Ha.. jom kite kongsi info...


Cek mek molek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan dan Terengganu. Diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Sekiranya x dimakan dgn hati-hati, inti gulanya mudah tumpah tau. Habis melecut mulut kite..hehe..Kuih Cek mek molek dipanggil cmni mungkin sbb bentuknya yang bujur dan licin - si cek mek yang molek la kn ^_^

Nak tahu tak ubi keledek ni kan elok di makan kalau bercita2 nak dapatkan baby kembar. Sebab de beberapa pemerhatian dibuat di Barat Afrika menunjukkan kebanyakkan penduduk di sana dapat baby kembar sebab makanan harian mereka sweet potato atau dalam bahasa melayu ubi keledek.. Wallahualam ^_^ hehe...

Ramuan:
1. Ubi keledek
2. Garam
3. Tepung gandum
4. Gula

Cara-cara:
1. Ubi keledek direbus tanpa dibuang kulit. Letak garam secukupnya.. Kulit ubi ni lagi senang dibuang selepas
masak tau..
2. Kira-kira dalam 45min, ubi kirenya dah masak. Boleh cuba cucuk dengan garfu, kalau x melekat tuh kire dah masak la.
3. Kulit dikupas dan seterusnya dilenyet hingga hancur sedikit. Kalau nk lagi sedap better lenyet sedikit sahaja supaya masih terdapat ubi2 yang tidak hancur. Baru sedap bile dimakan ^_^

4. Campurkan sediki tepung gandum dan gaul hingga sebati. Lagi sedikit tepung yang digunakan lagi sedap..!!


5. Seterusnya ambil sedikit dari campuran tadi dan dileperkan di atas piring. Letak sedikit gula ditengah2. Pastikan tidak diletak terlalu banyak atau terlalu sedikit. Kalau banyak sgt nnt abis meleleh. Tp kalau sikit nnt xde rasa manis plak kn ^_^


6. Seterusnya tutup kembali dan bentukkan seperti bujur memanjang. Biar molek2 gitu kn.hehe.


7. Dah siap semua, boleh la digoreng dengan api yang perlahan supaya gula dapat masak dan cair. Kalau api kuat takut nani kueh cepat hangus. Nanti time makan krup krap bunyi eh sebab gula xsempat cair.hehe..


8. Selesai semua, boleh la dimakan di waku petang. Makan time panas2 berlawan plak ngn teh o panas..Fuhh...mmg memuaskan..cuba2 la ye >_<


0 comments:

Post a Comment