Sahabat saya ^_^

Pages

Friday, March 11, 2011

Perigi mencari timba ?? Masih relevan ke??


Pada masa kini istilah perigi mencari timba sudah menjadi satu isu yang biasa kita dengar,diperdebatkan dan diulas daripada peringkat bawahan sehingga golongan atasan dalam organisasi masyarakat.

KIta biasa dihujani tentang persoalan berkenaan isu ini, antaranya..“Bolehke wanita meminang lelaki??tu kan macam perigi mencari timbe je..”

Namun, adakah kita faham apakah erti sebenar perigi mencari timba itu? Adakah terdapat konsep dan istilah ini pada perspektif Islam?Apa yang perlu kita fahami, apabila difikirkan menerusi pemikiran yang waras dan cerdik, sudah tentulah perigi tidak akan boleh mencari timba kerana apabila seseorang yang ingin menggunakan air di dalam perigi, sudah pastilah dia perlu mengambil dan menggunakan timba atau gayung untuk mengambil air tersebut.Oleh yang demikian istilah perigi mencari timba adalah satu istilah yang salah dan yang sepatutnya timba mencari perigi.

Wahai sahabat semua, jangan terus membuat kesimpulan lagi berkenaan isu dan istilah ini kerana itu baru sahaja menerangkan ia menurut perspektif bahasa iaitu berkenaan susunan perkataan dan kesesuaian penggunaannya .

Adakah terdapat konsep dan istilah ini pada perspektif Islam?

Sudah tentulah istilah ini tidak terdapat dalam kaca mata Islam.Tambahan lagi, penggunaan istilah ini tidak sesuai yang mana kesannya selalu melihatkan kepada kejumudan dan kelemahan Islam pada pandangan masyarakat.

Oleh hal yang demikian, setiap persolalan dan masalah hendaklah kita sentiasa kembali kepada dua pekara asas yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah kepada kita iaitu Al-Quran dan Hadith. Sabda Rasulullah s.a.w.

“Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang teguh dengan keduanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu, Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku.”

Sirah yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith telah mengajar dan memberitakan kepada kita setiap perkara yang berlaku serta kaedah dan cara penyelesaiannya .Di dalam Islam wanita dibolehkan untuk meminang lelaki, atau dengan kata lain ingin cuba meletakkan dahulu satu batu asas dalam pembinaan sesebuah masjid (perkahwinan).Kita boleh melihat tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah untuk menjadikan Rasulullah sebagai teman hidupnya, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW.

Imam Al-Bukhari di dalam sahihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah) ; , juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW"( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sahih al-Bukhari, 7/15)

Adakah sahabat-sahabat semua sudah mengerti akan rapuhnya penggunaan istilah perigi mencari timba itu?Islam itu tidak menyiksa para penganutnya, malah di dalam Islam penuh dengan rahmat dan segala panduan dalam menempuh pahit ranjau kehidupan di dunia yang sementara ini.


0 comments:

Post a Comment