Sahabat saya ^_^

Pages

Monday, February 28, 2011

Selamat Hari Lahir Appaku ♥♥♥

Salam..

Nampaknya hampir sepurnama eda tak buke blog. Almaklumlah bulan lepas kami kerap ulang alik balik Kg kat N9 dan KL.. Ada kematian, hubby de trainning dan ayah eda tak sihat sangat. Ayah ada kencing manis, dan dijadikan cerita jatuh beberapa hari sebelum besday ayah, jari kaki terkena duri pokok. Sudah takdir Allah, eda lihat ayah eda tenang dan redha dengan semua yang berlaku. Alhamdulillah..Kami sambut hari jadi di Hospital Selayang la gayanya.. abis riuh satu wad dgn gelak ketawa kami..sampai blood pressure ayh pun naik mencanak2..hehe

Di hari Jadi Abah yang ke 63 ini, eda doakan moga abah terus cekal, tabah, ceria dan bahagia sentiasa di dalam hidup abah selamanya. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan kasih sayang yang abah berikan kepada kami tanpa jemu.

~We love u abah..~ ^_^

Selalu, kau melangkah tanpa ragu
Walau sejuta rintangan menghalang
Tetapi semua itu tak nampak dalam rautmu
Demi kehidupan yang menentang

Begitu banyak lagi kau berikan
Begitu banyak pengorbananmu untuk kami
Takkan pernah kami lupakan
Demi kami, anak dan isterimu yang menanti

Engkau rela kehujanan
Badaipun ikut menerjang
Engkaupun rela kepanasan
Dengan gagah dapat kau terjang

Sungguh besar pengorbananmu
Hanya dapat kubalas dengan
Budi pekerti dan kebaikanku
Serta sebuah doa dengan keikhlasan

kami syg abah

0 comments:

Post a Comment