Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Wednesday, February 11, 2015

Seawal 4tahun, anak sudah develop 80% sifat kekal..

Ok ni eda baca dari satu blog/website mana tah. Bagus nak jadikan tips penting dalam mendidik sahsiah anak2. Jom baca..

★★★★


By  
  183  11
Nota Editor : Dalam episod 1 [klik], Family Diary membawakan perkongsian daripadaAdlil Rajiah apabila beliau berjumpa dengan Doktor Sherine. Kali ini, kami sambung pula perkongsian daripada Adlil yang berjumpa Doktor Aw pula, seorang Doktor Pakar Psychiatrist di Klinik Peace of Mind, Kuala Lumpur. Sesuai untuk parents yang mempunyai anak berumur 0-3 tahun.

#1 Seawal Usia 4 Tahun, Anak Dah Develop 80% Behavior Kekal.

Menurut kajian pakar mental kanak-kanak, at the age of 4, kids dah develop their permanent personality or behavior. Macam mana dia pada usia 4 tahun, macam tu lah behavior dia sampai ke tua.
Yes, mungkin it’s just a rough assumption. Dan yes, manusia boleh berubah atas faktor didikan, persekitaran, pengalaman dan sebagainya. But still ada certain behavior atau tabiat yang akan kekal. Kalau berubah pun, tak lama karang mesti datang balik.
Itu yang dipanggil tabiat, dan itu yang membentuk identiti seseorang. Contohnya, pemalu, panas baran, friendly, soft-spoken, pemarah, etc. Semua tu kalau ada pada budak usia 4 tahun, selalunya akan kekal sampai ke tua.
Tapi, of course bila kita dah matang, dah mampu berfikir, some behaviors boleh dikawal.
So, didiklah anak menjadi orang yang se-mahmudah mungkin, sebelum dia berusia 4 tahun. Terapkan sebanyak mungkin unsur positif ke dalam diri dia.
Tapi, bila dia dah 4 tahun, siapa-siapa pun dia ketika itu; Terima Hakikat.
Ingat, anak juga salah satu ujian Allah. Nak anak yang perfect 100%, memang tak logik. Kalau dah mak bapak pun asyik langgar traffic light merah, so jangan haraplah anak akan patuh 100% peraturan kita. Kita yang dah tua bangka ni pun selalu je tak ikut peraturan. Jangankan peraturan manusia, peraturan Tuhan pun banyak yang terbabas, kan?
So, terima anak seadanya. Dan, dalam masa yang sama, jangan jemu membimbing ke arah kebaikan.
Lagi satu, at the age of 4 juga, interaction with peer-group is important. Interaksi dengan rakan sebaya. Ini penting untuk didik anak tentang konsep Berkongsi dan Bertolak Ansur.
Supaya dia tahu, bumi ini bukan milik dia seorang. Bukan dia seorang sahaja superhero. Bukan dia seorang sahaja ironman. Bukan dia seorang sahaja Princess Elsa. Ada banyak lagi Princess Elsa. Wonderpet pun banyak -__-

#2 Positive & Negative Reinforcement.

Atau dalam bahasa muda, reward and punishment. Nak bahasa lagi mudah, ganjaran dan hukuman.
Ini penting.
Every good or bad behavior kena ada positive and negative reinforcement. Ini langkah awal untuk menjadikan anak lebih mumayyiz. Tahu beza, mana baik mana buruk.
Senang cerita, kalau dia buat sesuatu yang baik, bagi positive reinforcement.
Kalau dia buat sesuatu yang tak baik, bagi negative reinforcement.
Salah satu cara positive reinforcement ialah Pujian. Contoh,
“Good boy Haikal, sebab kemas mainan lepas main.”
“Good boy Haikal, sebab tak kencing dalam pampers.”
Praise atau Pujian is the most effective positive reinforcement. And, it is a social approval. Contoh positive reinforcement lain adalah; tunjuk kasih sayang (peluk, cium, puji, etc), atau beri hadiah, makanan kegemaran, atau raikan mereka (especially for big achievements).
Ok, negative reinforcement pula adalah untuk bila anak buat sesuatu yang salah. Menurut Dr Aw, pukul atau rotan is one kind of punishment. But, it is NOT the most effective way.
Nak ajar budak tak semestinya dengan pukul. Dan budak tak semestinya ambil pengajaran, selepas kita pukul.
The best way of punishment ada dua. Satu, scolding. Dua, withdraw of privilege.
Apa tu? Ok, let me explain dalam bahasa yang mudah.
Satu, scolding. Marah. Marah yang berkesan adalah marah yang intense. Marah yang ada input. Bukan marah yang bodoh-bodoh maki anak je lebih tapi isi takde. Itu marah yang bangang nama dia.
Bila anak buat salah, first thing first, bagitahu anak apa kesalahan dia. Wujudkan satu ‘naughty corner’ atau ‘naughty chair’.
Suruh dia stand there for 1-3 minutes everytime dia buat kesalahan atau mengulangi kesalahan. Lantakkan dia di situ selama beberapa minit. For toddler, 3 minutes is the maximum. Dalam tempoh itu, jangan bercakap atau ada sebarang eye-contact dengan dia.
Totally ignore him/her.
Ignorance is the best punishment. Because most kids akan rasa insaf bila dia rasa macam tak disayangi lagi. InsyaAllah soon, dia akan beringat dan tak buat lagi.
Yang kedua, withdraw of privilege. Tarik salah satu kelebihan yang kita bagi pada dia. Contoh,
“Sebab Haikal taknak kemas lego ni, mama terpaksa simpan semula lego ini atas almari. No lego for 3 days.”
Atau,
“Sebab Haikal taknak buat homework, petang ni tak boleh keluar main dengan kawan-kawan. Complete your homework first.”
Bila kita tarikh salah satu privilege yang ada, they will feel the rush to follow the instructions.
Again, jadikan pukul/rotan pilihan terakhir kerana ia bukan cara yang paling efektif. Nabi pun izinkan kita pukul anak bila anak umur 7 tahun. Itupun pukul kat tapak kaki sahaja, kan?

#3 Pre-Warning Is Necessary.

Sebelum apply apa-apa positive or negative reinforcement, amalkan ‘pre-warning’. To make our kids mentally ready to receive reinforcements. Contoh,
“Sekarang kita nak pergi Giant. Mama nak beli sayur. Kalau Haikal ternampak mainan, boleh tengok sahaja, dan tak boleh ambil. Kalau ambil juga, Mama akan marah, okay?”
Atau,
“Dalam kiraan tiga, kemas mainan tu. Kalau tak kemas jugak, Mama akan rampas semuanya. Dan Haikal tak boleh main lagi. Better kemas sekarang. Tiga.. Dua.. Satu.. “
Atau,
“Sekarang waktu makan, so Haikal kena makan. Lepas ni kalau Haikal lapar, semua makanan dah simpan dan Mama takkan layan.”
Itulah beberapa contoh ‘pre-warning’. Dia macam amaran sebelum hukuman. Ini penting supaya anak tahu apa consequence setiap perbuatan dia. Kalau dia buat jugak, apa akan jadi.

#4 Always Keep Your Words. Things You Cannot Follow Through, DO NOT SAY.

Bila marah anak atau nak ‘pre-warning’ anak, jangan merepek dan cakap yang bukan-bukan. Macam,
“Kalau awak taknak makan, nanti Mama call polis. Suruh tangkap awak.”
“Kalau awak taknak kemas, Mama panggil Incredible Hulk suruh belasah awak.”
“Kalau awak kencing dalam seluar, nanti tikus datang gigit bebird awak.”
Merepek.
Sumpah merepek.
Lama-lama, anak akan lose respect dan tak percayakan ibu bapa dia lagi. Sebab apa yang parents dia cakapkan, tak pernah berlaku pun. Kan?
So, latih diri untuk pastikan semua yang keluar dari mulut kita, logik dan kita pasti buat. Contoh,
“Dalam kiraan tiga, kemas mainan tu. Kalau tak kemas jugak, Mama akan rampas semuanya dan Haikal tak boleh main lagi. Tiga.. Dua.. Satu..”
Selepas kiraan tiga, kalau dia tak buat jugak, yes tanpa berlengah kita rampas mainan seperti yang kita katakan tadi. Logik dan kita pasti buat. And when you say it, you must do it.

#5 No Abstract or Lengthy Explanation For Kids Below 5. Explain Visually Instead.

Jangan guna perkataan abstract yang budak tak faham. Contoh,
“Jangan buat macam tu, berdosa!”
“Jangan pukul kawan, kesian dia.”
“Awak sebagai anak, kena hormat ibu dan ayah.”
“Masa belajar kena fokus dan fikir.”
Berdosa, hormat, kesian, fokus, fikir, etc. Itu semua perkataan yang terlalu abstrak. Budak takkan faham.
Gunakan bahasa yang mereka boleh visualise. Contoh,
“Jangan pukul kawan. Nanti kawan sakit dan taknak main dengan kamu lagi.”
“Mama dan Papa lebih besar daripada awak. Mama dan Papa yang beri awak makan. Mama dan Papa yang selalu peluk dan sayang awak. Awak kena dengar cakap kami.”
Macam tu. Mereka akan lebih nampak the ‘logic’ dalam setiap perkara.
Juga, avoid confusing explanation. Macam,
“Haikal! Kenapa pukul kawan? Meh sini mama nak pukul Haikal!”
Confusing. Aikk, aku pukul kawan tak boleh. Tapi, Mama pukul aku boleh? Hmm tak boleh pakai mak aku ni. Detak hati kecil si anak :D

#6 Kids Has No Sense Of Time.

Setiap positive dan negative reinforcement has to be immediate, right after the behavior. Jangan bertangguh.
Contoh, bila anak berjaya kemas mainan. Puji right after dia kemas mainan. Bukan malam kang baru nak puji. Sebab anak tak boleh sense masa. Bila malam, dia akan lupa apa yang dia buat siang tadi. So, dia takkan faham pujian tu untuk apa. Maka, the reinforcement is not effective.
Kalau anak kencing seluar, punish right after kesalahan tu. Bukan malam kang, tetiba,
“Tadi kamu kencing seluar, malam ni tak payah makan.”
No.
Lama sangat masa untuk hukuman. Takkan efektif. Sedangkan anak dah hadam kesalahan dia tadi, dan tengah berusaha untuk tidak kencing lagi. Tapi, tiba-tiba mak bapak tak habis-habis nak punish dia lagi atas kesalahan yang dah lama. Anak akan build ‘hatred’ terhadap parents secara perlahan-lahan.
So, jangan.
Dan setiap kesalahan anak, tak perlu ungkit. Contoh, bila Papa dia balik kerja, Mama nya terus report,
“Papa, pagi tadi Haikal lawan cakap Mama.”
Terus Papa dia ambil rotan dan hukum anak tersebut. Sedangkan dah beberapa jam berlalu. Anak sudah elok main dah behave. Tiba-tiba Papa datang nak marah.
They won’t get the message.
Ingat, kids takde sense of time. Nak puji, puji right after good behavior. Nak hukum, hukum right after bad behavior. Selepas puji, selepas hukum; dah. Habis di situ dan jangan ungkit lagi.
Tak kisah la berapa kali anak akan ulang kesalahan yang sama. Still parents tak boleh ungkit. Bare in mind, kids are learning. Buat salah itu biasa. 400 kali kena marah pun belum tentu dia orang dapat. Itu biasa.

#7 Guna Alarm Clock Untuk Disiplinkan Anak Ikut Jadual Dan Rutin Yang Betul.

Ini satu cara efektif untuk ajar anak patuhi masa atau tempoh yang ditetapkan. Saya dah cuba. Dan, most of the time, menjadi!
Contoh, kita nak bagi anak main lego selama 30 minit sahaja. Sebab lepas 30 minit, kita nak dia buat aktiviti lain. So set alarm dan pesan pada anak,
“Bila jam ni bunyi, Haikal kena kemas lego ya. Sebab kita ada aktiviti lain lepas tu.”
Boleh juga buat sebagai game untuk encourage anak. Bila jam bunyi je,
“Ok time’s up! Siapa paling cepat kemas, dia menang dan dapat main mainan lain lepas ni. One.. Two.. Go!”
Macam tu. Tapi, jangan pula sengaja tak bagi anak menang. Pedajal anak namanya :D

#8 Ground Rules.

Ground rules adalah peraturan basic dalam hidup. Peraturan asas yang kita nak anak buat sepanjang masa. Ground rules kena bermula dari rumah. Boleh tulis, tampalkan di dinding dan baca pada anak setiap hari. What is allowed, and what is not allowed. Contoh,
“Haikal, dalam rumah ni, kita kena sayang semua orang.”
“Dalam rumah ni, kena cakap baik-baik.”
“Dalam rumah ni, semua benda kena share. Main sama-sama, makan sama-sama.”
“Kena pastikan rumah ini selalu kemas.”
Itu contoh. Fikir lah apa-apa ground rules mudah yang kita nak terapkan dalam diri anak. Lama-lama they will understand dan insyaAllah akan hold those good behaviors bukan sahaja dalam rumah, tapi ke mana-mana sahaja dia orang pergi.

#9 Consistency is Very Important.

Dalam apa jua hal, kalau tak konsisten, takkan jadi. Kan?
Macam tu jugak dalam mendisiplinkan anak. Konsisten sangat perlu. Tak boleh sekali sekala boleh, sekali sekala tak boleh. Kena selaluuu boleh atau selaluuu tak boleh.
Macam kalau nak latih anak tidur awal. Kat rumah sendiri perfect, semua masuk tidur pukul 10. Tapi bila kat rumah nenek atau kat rumah saudara, tiba-tiba boleh tidur pukul 2 pagi.
Dah tak konsisten. Fail.
Doktor Aw kata, kids boleh lose respect terhadap parents when they realize, ada tempat lain di mana mereka boleh langgar peraturan.
Contoh, Oh kat rumah sendiri boring sebab kena tidur awal, tak boleh tengok TV, etc. Bila kat rumah nenek boleh tidur lewat, boleh tengok TV sampai lewat malam. Maka kesimpulannya, nenek is the best. Saya sayang nenek. Parents saya boring.
Haaa!
So, konsisten penting. Betul orang kata, latih anak di rumah sendiri lebih senang, berbanding latih anak di rumah orang lain atau di public spaces. Sebab kita tend to fokus on ‘apa orang akan kata’ instead of kita punya prinsip asal.
So, be consistent with your ground rules. Bila-bila pun, kata mana-mana pun, kena apply rules yang sama. Kalau tak, you will lose the effect and power in teaching your kids.
Make people understand about yout ground rules. Kalau kat rumah family senang la nak make people understand kan. Kalau kat public? Abaikan sahaja apa orang nak kata.
Dan, orang sekeliling pun sepatutnya kena hormat prinsip parenting lain dan tak perlu judge. All parents have their own rules in teaching kids. All parents knows what’s best for their kids.
So, respect each other. Dan, tak perlu judge.

#10 Do Not Deny Their Natural Feelings.

Common mistakes yang selalu parents buat adalah, denying their kids’ natural feelings. Contoh,
“Dah dah. Jangan nangis.”
“Jangan marah-marah. Tak elok”
“Tak payah sedih-sedih. Benda dah jadi”
Those are all natural feelings. Tak boleh elak. Kalau kita yang tua bangka ni pun, kalau tengah nangis, tiba-tiba ada orang cakap,
“Dah la tu, jangan nangis. Bukan ada faedah pun”
Tak ke kau rasa nak lempang sampai rahang dia misplace? :D
Natural feelings are something we cannot avoid. We cannot ignore. Semua orang akan menangis bila sedih. Semua orang akan marah bila bengang. Semua orang akan ketawa bila gembira. Kan?
Cuma yang membezakan adalah cara masing-masing express and deal with those feelings. So, instead of kata jangan nangis, jangan marah, etc, latih anak untuk kenal dan kawal perasaan tersebut.
It’s totally okay to cry, it’s totally okay to get mad. But how’s the best way to express and deal with it.
Dan dalam hal ni, kid mostly will take example from parents. Kid tend to immitate cara parents mereka deal with feelings. Kalau parents jenis yang kuat meroyan, jangan terkejut bila anak pun kuat meroyan. Kalau parents jenis yang tenang, anak pun biasanya jenis yang quite calm.
So parents, set good example. Nak meroyan biarlah berpada-pada :D

#11 Mom is The Role Model For Daughter. Dad is The Role Model For Son.

Always. Anak perempuan akan sentiasa ‘melihat’ ibunya. Dan, anak lelaki akan sentiasa ‘melihat’ bapanya. Ini fitrah. Tak pernah terkecuali.
Cuma, yang banyak terjadi macam violence, juvana, split personality, pengkid dan sebagainya. Itu semua berlaku sebab kecelaruan yang dihadapi sepanjang mereka membesar.
Contoh, si bapa selalu outstation atau lepas tangan ke, ibu bapa dah mengalami penceraian ke, selalu tengok adegan pukul memukul dalam rumah ke, selalu tengok si bapa menzalimi si ibu ke, atau apa-apa je lah experience yang extraordinary dan tak sihat di dalam sebuah keluarga.
Tiada dan takkan pernah ada istilah macam, saya dilahirkan mempunyai bebird, tapi jiwa saya wanita azali. Atau, nama gua perempuan tapi gua ganas dan gua tak suka jadi perempuan. Jiwa gua jantan.
Oh please, geli kerongkong. There’s no such thing! Mengarut dan mohon kapakkan sahaja -__-
So parents. Ibu DAN bapa. Kena main peranan masing-masing. Anak lelaki always need their father’s attention. Anak perempuan always need their mother’s attention. Doktor Aw kata, dalam sehari 15-20 minutes having quality time bersama anak pun dah ok.
Contoh, macam Haikal, anak lelaki. Secara automatik, role modelnya ialah papa dia. So Hubby setiap malam, selepas balik kerja, dalam pukul 9-10 camtu, dia akan buat aktiviti berdua dengan Haikal.
Tanpa saya.
Just to give Haikal some quality time dengan papa dia. Benda ni amat necessary dan jangan ambil mudah.
Ok, bagi yang ada anak lelaki tapi suami asyik outstation atau jarang jumpa, guna lah apa saja teknologi yang ada untuk hubungkan anak dengan bapa mereka. Skype ke, video call ke.
Please, they need their father’s attention. Really.
Kalau macam kes dah bercerai atau dah meninggal, boleh minta tolong adik-beradik lelaki atau bapa saudara ke apa untuk ‘replace’ peranan bapanya. Anak lelaki, role modelnya mesti lelaki. Tak terkecuali.
Menurut Doktor Aw, banyak kes anak misbehave atau remaja bermasalah yang dilaporkan adalah anak lelaki. Kebanyakannya sebab bapa lepas tangan, bapa kaki pukul, bapa tak pernah ambil peduli, etc. So, siapa kata tugas mendidik 100% di bahu ibu?
Bagitahu suami masing-masing, kalau ada anak lelaki, the father has to be more responsible.
“Baik Abang bertanggungjawab. Kalau tak, anak kita jadi sotong”
:D

#12 Your Child Is Not Your Bestfriend.

Never say your child is your bestfriend. They are not and they will never be.
Menurut Doktor Aw, kids learn best when there’s a gap boundary between parents and kids. Boleh sayangkan anak, manjakan anak dan sebagainya. But keep that gap supaya anak tak lose respect dan patuh bimbingan ibu bapa.
Seakrab mana pun ibu bapa dengan anak, anak perlu sentiasa tahu ibu bapa tetap ibu bapa. Ibu bapa boleh jadi good listener seperti kawan, boleh share same interest dengan anak seperti kawan, boleh berguling bergolek bersama seperti kawan, tapi tak boleh berdiri setaraf dengan anak.
Ada keadaan di mana parents need to be higher and louder than kids. Parents are parents. Tempat anak-anak bernaung, berkasih sayang dan berselindung.
=)
P.s : Kami sendiri banyak belajar daripada 2 episod Tips Doktor Pakar ini. Kredit diberikan kepada penulis asal iaitu Adlil Rajiah. Kami hanya berkongsi dan share. Oh ye, jangan lupa baca Episod 1 << KLIK SEKARANG

0 comments:

Post a Comment