Orkid..
Tanaman feberet mak eda time di kami ddk di klate. Byk sgt corak2 bunga yg mak ade time tuh. Siap abah buah pagola dpn rumah utk mak letak orkid. Tapi yg jaga abah la. Tanam, siram dan baja.. hehehe.. Bile pindah KL ade beberapa je yg mak bawa. Antara feberet mak bunga purple berbaldu. Fuh lembutt.. tapi malangnye hilang dicuri org. Yela, diklate ddk dlm berek polis. Gile kalau ade org nk curi pokok bunga ketua daerah polis pasir putih kn. mmg abah cari sampai lubang cacing la. Hehehe.. Ayat poyos..
Eda ingat lagi time sekolah rendah kt KL, blk2 terus g baja pokok orkis. Rajin benor time tuh. Eh.. paku pakis ke orkid eh atas pokok tuh?? Haha..konpius. tp bunga mmg menawan gile lebat. Siap abah ajar cara tgk angin sblm sembur baja bagi. Fuh... mmg den ingat smpi skrg ^_^
Ok dh abis merapu. Tahun lepas eda ade beli 3 pasy orkid biasa. Time beli je bunge lebat kn. Dah 3,4 bunga pastu sampai laaa niii x bunga dh. Hahaha.. dh la memanjang tinggi sampai ade yg mcm gaya menjalar atas lantai.. aduyai. Lepas siap misi tembok umah ni, nk operate balik orkid den. Mana tau blh tambah koleksi kn.hahahahahaha... bawah ni 3 pokok orkid yg eda beli aritu. Tu gmbr mula2 je menawan. Skrg dh lintang pukang daun die.huhu
Sebelum tuh jom baca info baca.. copypasta dr website. layaaannzzzz...
******************
JENIS-JENIS ORKID
Secara ringkas orkid di kelaskan kepada beberapa peringkat seperti cara pertumbuhan dan cara hidupnya. Baca selanjutnya
A. Spesis
Merujuk kepada orkid liar. Di dalam penulisan piawai adalah mudah untuk mengetahui sama ada sesuatu orkid itu adalah spesis dengan melihat pada:
a. Huruf ‘italic’ digunakan
b. Hanya huruf pertama sahaja huruf besar, yang lain adalah berhuruf kecil
Contoh : Phalaenopsis bellina
B. Hibrid
Merujuk kepada orkid yang telah dikacukan di antara sesama genus atau sesama famili. Cara mengenal pasti sesuatu orkid itu hibrid mengikut penulisan piawai adalah seperti berikut;
a. Huruf tegak digunakan sepenuhnya
b. Setiap huruf pertama bagi setiap perkataan akan dimulai dengan huruf besar.
Contoh : Phalaenopsis Timothy Christopher
Contoh orkid kacuk sesama genus :
Bulbophyllum Meen Garuda – adalah hasil kacukan orkid daripada genus bulbophyllum. Ia terhasil daripada kacukan Bulbophyllum lasiochilum dengan Bulbophyllum echinolabium.
Contoh orkid kacuk sesama famili:
Aranda Majul ‘Rimau’ – adalah kacukan orkid daripada famili Vanda. Ia terhasil daripada kacukan Arachnis Maggei Oei dengan Vanda insignis.
(Nota : Arachnis Maggei Oei = Arachnis hookeriana X Arachnis flos-aeris)
Pengkelasan mengikut cara pertumbuhan
a) Monopodial – adalah orkid yang mempunyai satu batang yang biasanya dipanggil stem yang hidup menegak. Daun-daun baru tumbuh di setiap hujung stem tersebut.
b) Simpodial – adalah orkid yang tumbuh secara mengeluarkan anak daripada bebawang yang telah matang.
ORKID DAN PERSEKITARAN HIDUP SEMULAJADINYA
Maksud cara hidup orkid di sini ialah media yang diperlukan oleh setiap jenis orkid untuk hidup.
1. Terrestrial (Tanah)
Orkid yang hidup di atas tanah. Untuk penanaman sebagai hiasan biasanya pengemar orkid menggunakan tanah pasuan yang boleh didapati di nurseri nurseri bunga berhampiran anda. Daripada pengalaman penulis tanah pasuan di nurseri perlu ditambah media* yang mampu meningkatkan saliran dan pengudaraan yang baik. Orkid dalam genus Spathoglottis dan Phaius adalah salah satu orkid yang memerlukan tanah sebagai medianya untuk hidup.
(* rujuk bab cara penanaman orkid untuk keterangan lanjut)
2. Epifit
Sejenis orkid yang hidup secara menumpang di atas pokok. Orkid epifit bukan parasit iaitu ia tidak ’mencuri’ keperluan hidupnya daripada perumahnya. Di dalam koleksi penulis, orkid jenis ini telah di tanam menggunakan beberapa jenis media* sebagai ganti kepada pokok perumah asalnya. Antara orkid epifit adalah genus Bulbophyllum, Dendrobium, Phalaenopsis dan Vanda.
(* rujuk bab cara penanaman orkid untuk keterangan lanjut)
3. Memanjat
Orkid jenis memanjat ini boleh dikenali denganpangkalnya hidup di tanah dan ia menjalar memanjat atau melilit media sokongannya. Biasanya dia mempunyai akar udara yang berserabut. Biasanya orkid jenis ini adalah monopodial seperti genus Dipodium, Arachnis dan Mokara. Orkid vanila juga termasuk di dalam kumpulan ini.
4. Litofit
Ia menjadikan batu sebagai medianya untuk hidup. Di dalam hutan biasanya kita boleh melihat orkid jenis ini hidup di batu batu tepian air terjun yang ditumbuhi dengan lumut. Antaranya ialah beberapa jenis orkid di dalam genus Paphiopedilum, Eria dan juga sekumpulan orkid yang di panggil ‘Jewel Orchid’.
Daripada ciri-ciri pengkelasan di atas, setiap orkid akan berkemungkinan mempunyai gabungan ciri-ciri yang telah disebutkan;
Contoh 1 : Orkid Phalaenopsis violacea – Spesis, Monopodial dan Epifit
Contoh 2 : Orkid Dendrobium Sonia – Hibrid, Simpodial dan Epifit
Contoh 3 : Orkid Sphatoglottis aurea – Spesis, Simpodial dan Tanah
ORKID YANG POPULAR DITANAM DI MALAYSIA
Kebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Ini kerana beberapa faktor seperti;
- Warna bunga yang lebih menarik
- Bunga yang tahan lama
- Pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar
- Harga yang murah berbanding orkid liar
- Saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar
- Sesuai untuk jualan keratan bunga
Terdapat beberapa jenis genus orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di dalam kuantiti yang besar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia khususnya. Antaranya;
- Dendrobium
- Phalaenopsis
- Arachnis
- Vanda
- Cattleya
- Oncidium
Dendrobium
Phalaenopsis
Arachnis
Vanda
Cattleya
Oncidium
0 comments:
Post a Comment