Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Wednesday, January 28, 2015

Pengalaman mengajar erti kehidupan


Percayalah,
Diri ini pernah melaluinya,
Bukan mudah telinga ini untuk menghadam perkataan sabar dan redha.
Bukan mudah untuk menjawap segala persoalan.
Persoalan yg hanya Dia sahaja yg tahu.

Percayalah,
Diri ini cuba untuk mengharunginya,
Dengan memori2 manis semalam,
Yg masih jelas diingatan.
Hingga jatuh rebah malah tersungkur sejuta kali.
Tapi demi melihat wajah peneman disisi,
Yg setia menangis ketawa bersama.
Diri ini cuba untuk bangkit berjalan dan berlari.

Percayalah,
Selepas menempuhi segala onak berduri ini,
Diri ini mula belajar,
Bahawa ketika kita bergembira,
Pasti di luar sana ada yg berduka,
Ketika kita mengecapi bahagia,
Di luar sana ada yg masih mencari2 kebahagia.
Dan ketika ucap syukur dikhalayak ramai,
Ade di luar sana yg cuba untuk bersyukur dgn sekadar yg ada..

Hidup ini ibarat putaran roda,
Hari ini mungkin kita di atas,
Esok lusa akan kebawah.
Tiada siapa yg tahu.

Maafkan diri ini,
Andai khabaran yg didengari kalian,
Mengundang rasa sesih dihati.

Mudah2an, Allah akan memakbulkan doa dan harapan kita semua. InshaAllah amiin..






0 comments:

Post a Comment