Sahabat saya ^_^

Pages

Monday, January 19, 2015

Pengajian masterku~

Alhamdulillah... 

Alhamdulillah.. 

Alhamdulillah...

Baru2 ni eda dapat khabar gembira dari dekan fakulti eda. Alhamdulillah, thesis eda sudah lulus dgn minor corrections. Allah... syukur alhamdulillah.

Throwback#

Perjalanan pengajian master eda dlm biokesihatan sungguh berliku. Permulaannya mmg lancar dan terbaik. Eda mampu habiskan ujian klinikal ke atas haiwan kajian eda hanya dalam masa 2 tahun. Sedangkan secara logik mana mungkin klinikal blh dihabiskan begitu cepat. Alhamdulillah.. 

Allah bantu eda melalui pekerjaan2 sementara ketika itu sebagai ra (research assistance), jd byk ilmu dan teknik yg eda pelajari. Bayangkan ketika menjadi ra, eda yg tiada ilmu dlm bidang histologi,pergi berguru dgn seorg staff histologi dan hasilnya eda mampu membuat slaid histologi penyelia eda dalam jumlah dua ratus lebih keping slaid. Alhamdulillah..eda jd minat bile blaja histologi.hehehe...

Ketika eda di semester 2, eda wajib mengambil CD (candidature defence). Lebih kurang seperti viva utk digree la.. Memandanglan tajuk kajian eda lebih kepada kimia, di takdirkan Allah juri2 yg menjadi panel eda adalah pensyarah kimia. Lagi mencemaskan, die adalah ketua jabatan kimia. Allah.. ujian bagi eda. Hasilnya eda GAGAL. Keputusan yg mmg dh dijangka.hehe.. namun eda x putus asa, semester hadapannya eda ambil kembali cd dan lulus. Alhamdulillah...

Genab 2 tahun pengajian, eda berjaya selesaikan ujian makmal. Jadi hanya tinggal menulis thesis. Ketika itu, eda baru melangsungkan perkahwinan. Tahun 2011.. Jadi bermulalah pengajian eda dari sepenuh masa kepada pjj. Huhu..  Ketika mula2 pjj, eda bekerja di hospital sultanah aminah. Memang masa sangat terkejar2. Dalam beberapa bulan sekali baru eda dpt ke kampus di KL uruskan thesis.

Masuk tahun 2012, suami mengajak eda pergienunaikan umrah. Ingat lagi ketika di sana, suami pernah bertanya kepada eda apa keperluan eda bekerja. Jika untuk membantu die dalam rumahtangga, jadi die minta eda bhenti. Sbb kata suami, die masih mampu menanggung kami. Tanggungjawap eda yg utama sekarang hy habiskan pengajian. Allah.. Dalam dilema eda ketika itu. Sepanjang masa ketika mengadap Baitullah, eda mohon Allah berikan eda petunjuk apa yg terbaik utk eda dan suami. 

Balik dr umrah, eda terus berhenti kerja. Eda terus menyiapkan thesis yg terbengkalai sbb kengkangan bekerja sebelum ini. Alhamdulillah dalam masa setahun eda sudah menghabiskan thesis. Ketika itu eda mengandungkan twins Adam & Adib. Tapi Allah ade perancanganNya tersendiri, eda kehilangan kedua2 putera kami ketika hamil 5 bln. Jadi bermula kisah trauma dan kesedihan eda. Eda salahkan diri sbb terlalu mendesak diri utk menyiapka  thesis. Kurang tidur dan rehat, bkn sesuatu yg bagus utk ibu hamil. Lagi2 eda hamil twins. Kene double penjagaan..

Thun 2013 mmg tahun eda sangat mengajar eda erti sabar dan redha.  Eda pernah putus asa dlm pengajian hingga bercadang untuk berhenti. Tapi eda sgt beruntung sbb suami sentiasa beri galakan. Sentiasa menasihati eda. Dari april 2013 hingga november eda langsung x sentuh thesis. lama utk eda pulihkan blk semangat eda. Ia mmg suatu trauma bile eda pandang laptop, mesti memori lama dtg bermain2 dlm otak eda.huhu.. ia sesuatu yg sgt sakit utk hadapi.

Alhamdulillah, hujung 2013 semangat eda mula dtg kembali. Eda segera hantar thesis januari 2014. Alhamdulillah...

Dan kini Januari 2015 baru eda dpt result. Alhamdulillah.. lepas dapat report nnt eda perlu membuat pembetulan dalam masa 3 bulan. Tapi eda kene selalu beringat pada diri la supaya tak excited sgt nk buat corrections smpai kurang tidur. Kene jaga diri!!  Nk suruh hubby eda selalu peringatkan eda la lepas ni.. 

Allah... permudahkan urusan aku dalam pengajian masterku dan juga kesihatan badan ini serya nyawa yg berada di dlm rahimku ini.aamiinn...







0 comments:

Post a Comment