Sahabat saya ^_^

Pages

Sunday, January 4, 2015

Momo..in memories.. u_u


Rasanya, tahun 2015 ni kami mulai dgn kisah bahagia dan duka.

Bahagia apabila mendapat tahu khabaran gembira buat kami. Setelah setahun lebih menunggu, akhirnya doa kami dimakbulkan Allah. Alhamdulillah..

Tapi di dalam bahagia ini, kami turut berduka apabila terpaksa melepaskan kucing kesayangan kami, momo pada org lain.

Momo hadir dalam hidup kami tatkala eda dan suami di dalam kesedihan. Pada die kami tumpah rs kasih dan sayanng kami. Kami berikan sepenuhnya apa yg kami mampu demi kesihatan dan kegembiraan momo. Bagi eda, momo ibarat terapi eda menghadapi perasaan sedih dan trauma yg eda alami hampir 2 tahun lepas. 

Eda masih ingat lagi, tiap kali eda belai momo eda slalu minta momo doakan eda supaya cepat dpt zuriat. Huhu... yela, walaupun die haiwan tapi eda percaya haiwan juga ada perasaan. Dan momo pun, eda dapat rasa mcm die faham perasaab eda. Die mesti pandang tepat pd mata eda bile eda minta die doakan.. Allah..

Beberapa hari sebelum momo diberikan pd org lain, eda penah bagitau die dan memohon maaf. Seakan memahami perasaan eda, momo sejak haritu terus tak dekat eda. Kebanyakan masanya dihabiskan duduk dalam sangkar, kadangkala belakang tv atau dalam tandas. Tabiat yg tidak pernah die buat selama ini. Allah.... sedih hati eda. Tapi demi kesihatan eda, eda kene tabah...

Eda harap, penjaga momo nnt akan lebih menyayangi momo. Akan menjaga kebajikan momo dan perasaan momo dengan sebaik2nya..

**maafkan mama, momo syg**








0 comments:

Post a Comment