Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Wednesday, February 1, 2012

Saya Sudah Berkahwin, tapi bagaimana hendak kekal bahagia ♥


1. P yang pertama ialah ‘puji’.
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
 2. P kedua ialah ‘peluk’.
Peluk ialah bermakna mesra. Yang mana pasangan suami isteri hendaklah sentiasa mesra antara satu sama lain. Percayalah pelukan itu adalah tanda kasih sayang kita kepada pasangan kita.
3. P ketiga ialah ‘penghargaan’.
Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah ‘perhatian’.
Hal ini yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili ‘persefahaman’.
Persefahaman penting kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud ‘pergaulan’.
Pergaulan iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah ‘percutian’.
Di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’.
Permohonan adalah doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Resepsi kami di sebelah hubby 26december2010

Ustazah Siti Nur Bahyah (Semanis Kurma) juga ada menyatakan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. :)
Ini kerana, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
Wallahualam

0 comments:

Post a Comment