Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Monday, February 13, 2012

Anak Anugerah Allah SWT



Rezeki dan anugerah Allah bukan sahaja berbentuk emas permata dan wang yang bertimbun tetapi juga anak-anak yang ramai yang baik dan soleh. Bagi pasangan yang tidak diberi anugerah anak atau zuriat keturunan walaupun sudah lama berkahwin maka mereka perlu bersabar, berusaha dan pasrah terhadap ketentuan Allah ke atas mereka. Tentu ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Pasangan yang tidak dikurniakan zuriat terkadang lebih baik kerana mereka sentiasa bergantung harap kepada Allah, sentiasa berdoa dan merintih rayu kepada Rab al-'Alamin agar dikurniakan zuriat. Rintihan, rayuan dan harapan kepada Allah itulah sebenarnya menjadikan Allah sayang dan kasih kepada mereka.Janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang berdoa, merayu merintih kepada Allah pasti Allah akan menyahut dan mengabulkan permohonannya cuma mungkin dalam keadaan yang dia sendiri tidak mengetahuinya. Dalan hadis Rasullah S.A.W bersabda
  ”Sesiapa yang berdoa dan mengharapkan sesuatu dari Allah SWT nescaya Allah akan memberikan sama ada diberikan segera atau disimpan untuk kebaikannya di akhirat atau dihindarkan kejahatan darinya”
Penasihatku~
Alhamdulillah,tiap kali eda rasa "kekurangan" ini, pasti ada sahaja Allah SWT akan ketemukan eda dengan artikel2 yg boleh memberikan ketenangan pd diri ini kembali. Ialah, hanya Allah SWT yg tahu bertapa penantian kami ini sememangnya satu penyeksaan. Tapi eda tetap bersyukur krn hbby sgt2 memahami keadaan dan kesihatan eda. Apa yang boleh kami lakukan sekarang hanyalah teruskan berusaha, berdoa dan selebihnya bertawakal kepada Allah SWT. Memang ada terkilan setiap kali melihat bb rakan2, tapi Alhamdulillah Allah masih menetapkan hati eda agar terus redha dan tenang menanti tibanya waktu yang sesuai. Hanya Allah yg tahu apa yang terbaik utk hambaNya, dan itulah yg sentiasa eda doakan. Berikan yg terbaik utk kami~

0 comments:

Post a Comment