Pages

Sunday, August 2, 2009

Popia Basah Ed (^_^)




Alhamdulillah..
Setelah berpuluh-puluh tahun menjadi kaki popia basah yang extreme, akhirnya saya berjaya juga membuat sendiri. Buatan air tangan sendiri tau. Banyak rujukan yang saya buat.. Kalau boleh nk dapatkan y sebijik mcm kedai kat umah saya ni wat kan..Sedap rasa kueh tu kn MasyaAllah…terlalu nikmat. Ketagih dan kempunan saya dibuatnya sampai nk mkn tiap hari (^_^)

Baiklah. Saya cuba detailkan sedetail mungkin cara pembuatan Popia basah mngikut citarasa saya. Actually inti boleh ikut cita rasa pembaca sendiri.. Saya lebih gemar popia basah berintikan sambal + kacang + carrot + sengkuang shj. Sebab saya fobia dengan tauge.hehe…
Bagi mereka y masih bujang dan tinggal di rumah sewa. Bolehla cube resepi saya. Ringkas dan sedap dimakan..Errmmmm..sedaapp..!!! Cuba lah ye…(^_^)

Bahan untuk inti

 2 biji sengkuang - diricih halus
 3 biji carrot - disagat halus

Cara membuat


1) Hiriskan dan gaul bersama sengkuang dan carrot


Untuk sos

 2 Sudu besar cili kisar
 1 biji bawang kuning
 5 ulas bawang putih
 Kacang tanah yang sudah dikisar (Kuantiti bergantung kepada ke”ekstrem”an thadap kacang)
 3 sudu besar gula
 3 sudu besar kicap manis
 Garam secukupnya

*** Tepung jagung boleh dimasukkan untuk memekatkan sos

Cara membuat



1) Kisar kacang tanah + bawang kuning + bawang putih.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar dan kemudian bahan yang sudah dikisar
3) Masukkan kicap + gula + garam + tepung jagung (sikit je tau…)..
4) Biarkan seketika sehingga sos jadi pekat..
5) Siap (^_^)

Bahan untuk kulit

 2 cawan tepung gandum
 3/4 cawan air
 secubit garam
*** 2 sudu makan cuka (ada sesetengah campurkan cuka untuk membuatkan kulit sedikit kental)
*** 1 biji putih telor (boleh pilih samada nk letak telur atau tidak )

Cara-cara

1) Campurkan kesemua bahan untuk membuat kulit dalam mangkok adunan. (Jgn terlalu cair dan pekat..)
2) Gaulkan macam buat cokodok kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
3) Panaskan pan dengan api perlahan (tak perlu minyak)

4) Ambil sejemput dengan sudu besar dan lenserkan ke atas kuali leper dari arah jam
5) Mulakan dari tepi dulu kemudian ke bahagian tengah utk dptkn bentuk bulat y comel (^_^)
6) Biarkan sebentar (Sekejap je utk elak terlalu keras dan tak perlu diterbalikkan
7) Angkat dan letakkan dalam pinggan (Jgn risau kulit popia xkn melekat)
8) Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sos

9) Letak satu sudu besar inti dan lipat macam biasa dan gulung

10) sedia untuk dimakan ..Yummieeeee…… (^_^)


Ha...ini lah ia hasil daripada tangan saya sendiri. Tapi tak kemas sgt kn (^_^)
Takpela..for the first time so boleh diampunkan.
Lain kali boleh buat lagi halus lagi..
Aja2 fighting ed...!!! (^_^)



0 comments:

Post a Comment