Pages

Saturday, August 8, 2009

Kek Biskut MariEDA (^_^)



Hari ni saya cuba membuat kek biskut marie..Tetibe teringat plak zaman kecik2 dulu. Kakak saya suke buat kek ni. Mungkin sebab senang nk dibuat kot. Erm....mudah dan sedap (^_^)

Tapi kali ni kek yang saya cuba buat adlh mengikut citarasa saya sendiri.hehe....Biasalah org bujang kan. Cube cari resepi yang se'simple' y boleh. ~lalalalalalalala...~ (^_^)

Cubela ek. Sekejap je buat. Masa yang diambil lebih kurang 30minit..


Kek Biskut MariEDA (^_^)

Bahan-Bahan:

½ ketul Buttercup
½ tin susu pekat manis
2 senduk nasi Milo
2 sudu besar serbuk koko
1 peket biskut Marie

Cara:


1. Sepeket biskut Marie dipecah-pecahkan menjadi kecil

2. Masukkan ½ butter dan panaskan sehingga cair (dgn api yang perlahan). Padam api..
3. Masukkan Milo,serbuk koko dan susu.Kacau sehingga Milo dan serbuk koko tidak berketul.


4. Masukkan biskut di dalam satu periuk.Gaulkan sehingga sebati dengan campuran milo koko..



5. Pindahkan ke dalam loyang. Dengan menggunakan tangan, penyet campuran sehingga mampat.

5. Tutup loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk (biar sejuk skit baru sedap di makan)

6. Siap (^_^)

0 comments:

Post a Comment