Sahabat saya ^_^

Pages

Saturday, August 1, 2009

KUIH MELAKA @ KELEPONG

Kuih tradisional yang kerap saya buat bila hujung minggu. Ini lah dia KUIH MELAKA. Atau panggilan lain bagi mak abah saya adalah KUIH KELEPONG. Kuih ni bagi saya antara kuih yang paling senang dan ringkas nk sediakan..Sekejap je..Percayalah….. (^_^)

Saya mula belajar buat kuih ni waktu tahun pertama ijazah sarjana muda saya. Waktu tu mak saya masih mengajar di sekolah menengah waktu petang. Abah saya baru pencen tahun tu. So baaanyyyaaaakkk masa saya time cuti sem di dapur bersama abah. Especially diwaktu petang….OooOooyeeehhhh…!!!

Famili saya sentiasa amalkan minum petang bersama. So lewat mcm mana pun mak saya sampai umah, lewat mcm tula la kami start minum petang. Kdg2 smpi kol7 baru minum..Bak kata org lama2 bersatu kita teguh..!! hehe…Tapi ok jg lewat. Sempat la saya nk buat sbb petang biasa de rancangan tv. Masa 30minit cukup utk siapkan utk dimakan 7 org..erm……

Ok. Disini saya letakkan resepi cara membuat kuih melaka. So simple… Bergantung pd org y mmbuat tu..Tp saya wat y ringkas je janji sedap di mkn.. Selamat mencuba (^_^)


Bahan Inti
• Seketul gula melaka yang dipotong kiub kecil 0.5cmx0.5cm (Lagi besar saiz gula melaka lagi sedap)

Bahan Doh
• Setengah dari beg tepung pulut
• 5-6 Daun pandan yang dikisar (air ditapis sebelum digunakan)
• Air kapur
• Garam secukup rasa

*** Untuk air kapur hanya masukkan sedikit air dalam bekas kapur, goncang sikit dan tuang kembali. Tak perlu larutkan
*** Air kapur penting untuk elakkan doh yang sedang direbus lembik & bocor
*** Saya tak galakkan penggunaan pewarna dan perasa tiruan.Tak elok utk kesihatn (^_^)

Bahan saduran

• Sebiji kelapa parut yang muda (yang putih bersih punya)
• Sedikit garam

*** Kalau pakai kelapa muda lembut sikit.Kalau kelapa yang biasa utk masakan biasanya kesing dan mudah tersedak bila mkn nnt

Cara membuatnya:

1. Sediakan inti gula melaka + pinggan berisi kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam
2. Sediakan doh
a) Campurkan air pandan + tepung pulut + air kapur + garam (sedikit shj)
b) Gaul rata dan kalau perlu tambah sedikit air untuk mendapat doh yang kental
3. Masak air anggaran 1/2 periuk + sedikit garam
4. Doh digentel menjadi bulat + dileperkan menjadi bentuk bulatan.
5. Letakkan kiub gula melaka di tengah dan gentel doh menjadi bulat semula
6. Bebola yang telah siap digentel terus dimasukkan ke dalam periuk berisi air didihan dan biar sehingg masak (dapat diperhatikan bebola akan timbul dipermukaan air apabila telah masak)
7. Cedok bebola dan tuskan sebelum diletakkan di atas pinggan berisi kelapa parut td.

8. Golekkan utk biarkan ia tersadur dan siap utk dimakan (^_^)


Ha..ini dia kueh kelepong atau Melaka

p/s: bukan picture sendiri ni.copy dari website lain..tak sempat da....

saya edit kemudian hari ok (^_^)



















0 comments:

Post a Comment