Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Sunday, July 26, 2009

~..CINTA..~

Assalamualaikum (^_^)

Hari ni tergerak hati saya hendak bercerita berkaitan dengan CINTA. Entahlah..mungkin sbb usia dh menginjak ke usia 'yang sesuai' untuk berumah tangga (^_^) Saya nak kongsi sikit la berkaitan dgn alam cinta cintun ni..Yang mmg kita semua tahu satu fasa yang sangat memberi sejuta kenangan dan pengalaman. Semua ini untuk peringatan pada diri saya dan juga kwn2 semua..

Dahulu, masa di bangku sekolah, kemudian ke matrik dan seterusnya ke universiti, ada lah sekerat dua saya terbaca berkaitan dengan adab2 pergaulan. Masa itu akal logik saya dapat menerima segala input y diberi. Al maklumlah, pengalaman pun tiada.Kita pun tak penah merasai kekuatan "Feeling" die tu kn.hehe...

Tapi masa merubah seiring dengan usia. Dahulu zaman remaja cukup geli geliman dengan cinta2 ni..Tapi bile dh masuk usia dewasa, perasaan itu sikit sebanyak merubah. Mungkin sbb perubahan hormon dan pengaruh persekitaran (Mcm kwn, suasana sekeliling)

Dari situ bermula la satu perubahan fasa dalam hidup. Erm....perasaan ketika itu mmg tak dpt nk diuraikan.Ujian dari Dia Yang Maha Esa utk uji kita blh datang dgn pelbagai cara. Kalau kelemahan kita pada kata2 manis kwn lwn jenis, mungkin dari situ juga Dia akan uji kita. Kalau dahulu kita berdabik dada kata "tak mungkin aku akan buat perkara tak senonoh...itu..ini.." Tapi bila kita diberi ujian penangan nikmat berkasih, pasti akan hanyut juga.(Amat beruntung bagi mereka yang kuat imannya) Dari situ lah baru kita akan sedar dan tahu kenapa dan mengapa perkara yang dilarang sering berlaku.

Bagi mereka di luar sana yang masih terjaga cintanya..Peliharalah dan terus pelihara.Jangan biarkan cinta itu dirosakkan kerana ia adalah MAHAR untuk kekasihmu di syurga sana. InsyaAllah..

Saya selitkan sepucuk surat y saya peroleh dari website kwn maya saya. Moga para pemuda dan pemudi kita dapat ambil sedikit aura semangat y ada berama dgn surat ini..InsyaAllah..



--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Titipan Buat Calon Zaujahku

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Assolatuwassalam ala RasulillahSelawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam...

Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.

Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu. Ku kira untaian doa srikandi iman, Sayyidah Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu dengan Nur KasihNya.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum: 21)

Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah. Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu membolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.

Calon zaujahku yang dirahmati,

Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan
kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa--bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal." (Al-Hujarat: 13)

Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya ," Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata ku persembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.

Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak

Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah. Bakal isteriku yang dirahmati,Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya.

Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.

Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti
masa. .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment