Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Monday, August 14, 2017

MSc oh My MSc πŸ˜…

Alhamdulillah.. Balik dr jopun dh dikonpomkan tahun ni den dpt gak graduate. Syukur alhamdulillah..

Ekceli dh dpt news kemungkinan akan dpt graduate sebelum berlepas ke jopun lg. Cumenye pihak senat UM meeting time den ke jopun. So mcm berdebar2 la spanjang cuti tu. Tiap malam buka email, sbb dh inform awal2 pd yg incharge supaya email result.hehe.. Tp sampai dh blk.ke JB xdpt email 🀣Last dpt call dr IPS inform dh blh graduate. Minta utk update info di website UM Konvo. Alhamdulillah..

Eda register master of science pada tahun 2009. Graduate tahun 2017 inshaAllah. Hampir 8 tahun πŸ˜‚. Penuh kisah suka duka. Tp rsnye eda x akan berputus asa utk belajar pagi jika diberi kesempatan kesihatan, masa dan semestiny wang huhu..

"Baling belakang" suka duka Msc eda

2008 
Alhamdulillh. Permohonan kali ke 2 utk sambung sarjana sains diluluskan pihak senat univeriti malaya. Tapi eda tangguhkan pedaftaran untuk mengumpul duit membayar yuran pendaftaran. Masa ni eda buat 2 kerja parttime; tutor sambilan jabatan bio, dan juga research assistance. Dalam masa yg sama memohon untuk scholarship under IPS (Inst Pasca Siswazah) UM. 

2009
Berdaftar dgn bahaga sekali. Eda ingat lg pesan abah supaya belajar berjimat sbb abah dah x boleh nk byrkan yuran. Abah tanggung setakat degree shj. Tp abah sokong kalau nk sambung belajar. Sbb ia adalah utk pencapaian diri sendiri. Bukan utk menunjuk2 kita pandai atau utk dpt kerja bagus. Degree pun dh blh keje bagus. Jgn buang masa kalau niat utk dpt gaji besar. Sekali skala tersesak tu blh la pinjam abah duit. Tp eda jaraaangg la pinjam duit.kat abah. Segan kot dh besar. Umur pun dh 24tahun waktu tu hehe..

Semester 2 permohonan scholarship eda diluluskan.alhamdulillah.. Setahun bekerja 2 tempat mmg sgt2 memenatkan. Tp berbaloi bila dpt byr yuran huhu.. Sem 2 last eda bekerja sbg tutor sambilan.

2010.
Awal tahun eda jalani viva. Dan keputusannya adalah GAGAL πŸ˜‚. Mungkin byk kekurangan dari eda (walopun sbrnye eda ikut je senior2 punya viva). Sampaikan ade beberapa lecturer dr jabatan biohealth nk jumpa personal dgn eda. Kata mereka takut eda down, sbb bg mereka apa yg eda dh sampaikan memadai sudah. Tp nk buat mcmne. Yg judge eda ketua jabatan bidang lain kot. Mmg silap la eda kalau x dpt jawap part dorg.Huhu.. Redha jela. Ade masa beberapa bulan sebelum repeat viva. 

Alhamdulillah ikut perancangan tahun ni akan selesai semua kerja makmal eda. Selepas viva kali ke 2 lulus, tunggu bulan disember utk berkahwin 😁

2011
Berpindah ke JB. Bulan mei dpt keputusan bekerja sebagai pegawai penyelidik secara kontrak di HSA jb.alhamdulillah.. Meneruskan hidup berumahtangga sambil menulis thesis. Thesis? Progress sgt lembab sbb bila weekday sibuk kerja badan penat. Hujing minggu memang ke lait la nk menaip thesis πŸ˜‚

2012
Menunaikan umrah pertama. Ingat lg ketika di masjidilharam, eda berborak dgn somi. Ayat somi mmg betul2 terkesan dijiwa "utk apa ayg kerja. Kalau utk byr keta, utk bantu abg.. Abg masih mampi sara ayg dan semua tu" Allah.. Sepanjang di sana eda minta pd Allah agar bantu eda pilih yg mana terbaik. Eda ade kereta utk dibayar, yuran Pengajian yg masih perlu dibayar selagi thesis belum dihantar, makayah yg eda nak beri duit bulanan. Balik dr umrah eda terus tekad utk berhenti dan siapkan thesis. Somi pun sokong katanya setel dlu thesis baru kerja πŸ˜†

Hujung tahun, alhamdulillah hampirt selesai. Draft pertama .di hantar kpd penyelia utk semakan sebelum teruskan kpd chapter yg lain. Dalam masa yg sampai dapat tau pregnant. Alhamdulillah. Nikmat berganda dari Allah.

2013
Mac, draft terakhir sudah disiapkan dan menunggu masa utk dihantar. Waktu ni kurang tido dan badan penat. Eda tak terfikir pula waktu tu, ia merbahaya pd kandungan memandangkan eda pregnant with twin. So kene double le penjagaan bdn. Ditakdirkan pula supervisor eda tidak available ketika eda sudah di KL. Mak ayah eda pun di terengganu sbb kakak bersalin. Maka kami pun meneruskan perjalanan blk ke perak. Ye perjalanan jauh. Perjalanan jauh dgn kereta viva terakhir bg kami. Sbb pulang ke JB direct dr perak, eda terus tumpah darah. 3 hari kemudian lahirkan putera2 syurga kami. Mereka hanya mampu bernafas beberapa minit sebelum pergi selamanya.

6 bulan sejak eda kehilangan putera2 syurga, eda langsung x sentuh laptop. Pandang pun tidak. Trauma.. Sedih.. Benci.. Sume ade.. Sampaikan rumah pun kami pindah masuk rumah kami beli seminggu berpantang. Nampak kn betapa hati kami sedey utk mengingati semua kenangan itu.

Oktober, supervisor call tanya berkaitan thesis. Sudah terlalu lama die ckp eda minta rest πŸ˜‚ so hantar final draft, by december supervisor minta submit sofcover thesis. Alhamdulillah..

2014
Tahun relax sambil buat journal utk publish.

December dpt keputusan thesis minor correction. Alhamdulillah. Dan bulan yg sama dpt tau pregnant lag.. Alhamfulillah.. Tp berdebar2 dgn sejarah silam πŸ˜‚

2015
April. Siap thesis. Pos ke junior memandangkan eda x dpt travel jauh dh. Jumaat post ke junior, ahad tu eda warded πŸ˜‚ isnin buat emegency cerclage. Allah.. Eda dh x kisah thesis dh waktu tu (sbb ade problem tajuk silap sikit. Nasib baik junior susah payah tolong betulkan. Thanks azri) bermula kisah debar sehingga bdk kecik dlm perut tu keluar huhuhu.. Thesis dh selesai. Tamat riwayat 😁

2016.
Penyelia berusaha utk publish journal eda

2017.
Akhirnye senat UM meluluskan eda utk graduate. Setelah eda hampir nk berputus asa hukhukhuk..

Alhamdulillah. Perjalanan 8 tahun penuh berliku. Penuh suka duka. Tp eda bersyukur dikelilingi labmate dan penyelia yg sgt2 memahami. Terima kasih semua.. Terima kasih Ya Allah. 

Ya Allah, Engkau balaslah segala kebaikan mereka berikan kpd aku dgn sejuta kali lebih kebaikan dr Engkau ya Allah kpd mereka. Andai ade dikalangan mereka masih belum berjumpa jodoh, maka Engkau pertemu mrk dgn insan2 yg soleh solehah menjadi pasangan hidup mereka. Andai ade antara mereka mempunyai masalah kesihatan ,maka Engkau berikan kesembuhan sepenuhnya atau jika tidak dapat disembuhkan (penyakit genetik) Engkau kurangkanlah kesakitan yang ditanggungnya. Andai ada antara mereka mengalami masalah/halangan dalam kehidupan mereka, Engkau permudahkanlah mereka mencari jalan penyelesaian YaAllah.  Aminn..

Alhamdulillah.. 

0 comments:

Post a Comment