Sahabat saya ^_^

Pages

Sunday, December 19, 2010

Meraikan Cinta ^_^





19 Dec 2010, Ahad

Alhamdulillah....Tepat jam 10.30 saya sah menjadi isteri kepada Mohd Johari B Jalaluddin Saiufi.Terasa besar tanggungjawap dlm diri ini lantaran gelaran seorang isteri yang saya pegang bermula saat itu..Terasa sebak, gembira, risau..semua ada.. Tapi saya percaya selagi saya berusaha untuk menjadi seorang isteri yang solehah, niat yang baik itu pasti akan dibantu oleh Allah SWT. InsyaAllah..Amin

Perkahwinan..
Umpama sebuah pelayaran
Awalnya tenang
pertengahannya makin bergelombang
Dipukul badai dan ombak
tak mengenal masa dan keadaan
Hanya Nakhoda bijaksana bisa melabuhkan sauhnya
Di sebuah pelabuhan impian
Perkahwinan
Adalah sebuah kebahagiaan
Adalah sebuah kedamaian
Adalah sekelumit kenikmatan
Dari lautan kenikmatan di syurga yang dinantikan
Perkahwinan
Perlukan pengorbanan
Perlukan kesungguhan
Perlukan keyakinan
Perlukan persefahaman
Baru nanti panasnya bisa sampai ke petang
Perkahwinan
Adalah fitrah kemanusiaan
Adalah sunnah yang perlu dilaksanakan
Moga nanti akan wujud generasi ummah
Yang bakal mempertahankan
Keagungan dan kesucian Islam






















0 comments:

Post a Comment