Pages

Saturday, November 14, 2015

Warkah untuk putera2 syurga mama..

Assalammmualaikum syg2 mama berdua
"Apa khabar syg2 mama di sana"
Ayat yg sentiasa mama alunkan dalam hati mama
Tatkala rindu mama menjengah terhadap syg berdua

Syg mama adam dan adib..
Mama yakin syg berdua bahagia di sana
Bermain bersuka ria di sana bersama teman2
Syg2 mama taukan, syg sudah ada adik..
Aisyah jazilah namanya
Kdg kala, bile aisyah tersenyum tergelak sorg diri
Mama sentiasa bayangkan syg2 mama adam adib ade di sisi
Bermain bersama adik syg2 berdua
Tetapi akal dan iman mama sedar
pasti alam kita tidak sama..

Syg mama adam dan adib
kebelakangan ni mama selalu teringat pd syg berdua..
Bukan mama tidak bersyukur dgn kehadiran adik ayg berdua..
Bukan juga tidak redha dgn pemergiaan syg berdua.
Cume hati ibu yg mama miliki skrg menyebabkan mama sentiasa teringat pd syg berdua..

Syg mama adam dan adib..
walaupun di dunia ini kita hanya berjumpa beberapa minit shj sblm syg2 mama pergi..
Ketahuilah, minit2 itu yg buat mama rindu..
Rindu mendengar tangisan syg berdua buat pertama kalinya..
Rindu menyentuh jejari halus syg2 mama..
Rindu menyentuh bibir syg2 mama yg merengek2 ketika itu..
Rindu menyentuh tubuh badanmu syg2 mama..
Semua itu buat mama selalu terbayang ketika ini..
Bagaimana syg2 mama sudah membesar..
Suaramu, jejarimu, bibirmu dan tubuh bdn syg berdua..

Syg mama adam dan adib..
Mama yakin kita akan berjumpa di sana kelak.
Syg berdua adam adib, jgn lupa tunggu mama dan abi di pintu syurga ye syg..
Doa mama dan abi sentiasa untuk syg mama berdua..
Abgyong adam dan abgnyah adib..

Tatkala kerinduan. Mama akan tatap wajah adik aisyah. Mama yakin wajah adik mirip dgn abgyong adam dan abgnyah adib mama..



0 comments:

Post a Comment