Alhamdulillah…
Bersyukur Ya Allah..
Atas nikmat kasihMu..
Pada tarikh keramat ini..
Sebuah janji telah terpatri..
Dalam duduk berdebar-bedar..
Dalam menanti tertunggu-tunggu..
Dua keluarga duduk berhadapan..
Merancang sebuah penyusunan..
Terimalah aku kerana agamaku..
Walaupun tidak sesempurna khadijah..
Tapi ku harap nasihat dan bimbingan mu
Yang akan menyempurnakan agamaku kelak..
Janganlah krn rupa parasku
Kerana kelak ia akan pudar jg..
Jgn pula krn hartaku
Krn kelak aku akn lemas dgn kepalsuan sementara ini...
Ketahuilah..
Kelebihan y ada dlm diriku..
Pasti kau akan kecewa
bile terlihat akan kekurangaku..
Marilah kita bersama..
Jelaskan niat dan matlamat kita..
Agar hidup y bakal dilalui
Beroleh berkat bahagia hingga ke syurga..
Jadilah diri kita sebenar..
Terimalah seadanya..
Khilaf dan salah pasti ada..
Sama-sama berlapang dada maaf memaafi...
Berjanjilah padaku..
Dengan kemuliaan dirimu..
Tunjukkan aku dan generasi kita kelak..
Jalan menuju Yang Satu
Ya Allah..
Biarlah jarak yang memisahkan kami
Menjadi penghijab antara kami
Agar kasih dibina suci terpelihara
Permudahkan urusan kami
Agar kasih yang terbina
Dan janji yang terpatri
1 comments:
tahniah eida! semoga berkekalan hingga ke jinjnag pelamin. ;)
Post a Comment