Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Showing posts with label ~ Penasihatku ~. Show all posts
Showing posts with label ~ Penasihatku ~. Show all posts

Monday, April 27, 2020

Wirid selepas solat sunat terawih

Bacaan Selepas Setiap 2 Rakaat Sembahyang Terawih

Pertama : Bacaan selepas rakaat yang ke- 2,6,10,14, dan 18

Bacaan Selepas Rakaat 2,6,10,14,18 Sembahyang Terawih


Kedua : Bacaan selepas rakaat yang ke- 4,8,12,16, dan 20

Bacaan Selepas Rakaat 4,8,12,16, dan 20 Sembahyang Terawih



Ditambah selepas daripada bacaan di atas pada rakaat yang ke-8

Bacaan Tambahan Selepas Rakaat 8


Ditambah selepas daripada bacaan di atas pada rakaat yang ke-12

Bacaan Tambahan Selepas Rakaat 12


Ditambah selepas daripada bacaan di atas pada rakaat yang ke-16

Bacaan Tambahan Selepas Rakaat 16


Ditambah selepas daripada bacaan di atas pada rakaat yang ke-20

Bacaan Tambahan Selepas Rakaat 20


Kemudian imam mengakhiri dengan membaca doa ini pada rakaat yang ke-4,8,12,16,

Doa Pada Rakaat 4,8,12, dan 16


Seterusnya

Bacaan Selepas Doa Rakaat 4,8,12, dan 16


Kredit 
https://al-azkar.blogspot.com/2008/05/bacaan-selepas-setiap-2-rakaat.html?m=1

Monday, October 1, 2018

Aisyah's Homeschooling Journey



Start dari umur si kakngah aisyah 3tahun, mama tekad nk serius buat homeschooling die. Di samping hantar ke playschool sebulan 2 kali. Moga2 skills anak mama makin berkembang dan dalam masa yg sama dapat berkawan dan enjoy

🌺Bagi kanak umur 3 tahun🌺

Peringat ini kanak-kanak sudah mula boleh berjalan dan bergerak sendiri.

Banyakkan permainan berbentuk fizikal sebagai rangsangan kemahiran motor.

Alatan permainan yang dibeli boleh merangkumi kemahiran motor kasar, motor halus, kognitif dan visual persepsi, sosial dan pengalaman sensori.

Kemahiran motor kasar :
- Bola (baling, sambut, sepak)
- Bean bag (baling dan sambut)
- Mainan panjang memanjat
- Trampoline untuk Melompat
- Basikal
- Balance board

Kemahiran motor halus :
- Blok. Susun menegak dan meniru bentuk.
- Penyepit (sebarang jenis penyepit untuk finger manipulation)
- Manik dan tali
- Pensel atau crayon! Main lukis bentuk.
- Gunting. Ajar pegang gunting dengan betul.
- Buku sticker
- Fishing game
- Pegboard / Geoboard
- Lacing

Kognitif :
- Matching game. Padankan objek yang sama atau warna yang sama. Start small. Exposure is very important.
- Lego atau apa sahaja constructive toys.
- Matching Puzzle
- Right brain game. Permainan yang melibatkan kemahiran persepsi visual, meniru dan menyusun gambar, mengingat gambar/objek.

Sensori :
- Play dough atau theraputty
- Pasir
- Tepung
- Air atau buih sabun
- Mainan berbentuk pengalaman sentuhan objek natural dari persekitaran.

Sosial / Pretend play :
- Set teapot (Hehe)
- Set masak-masak atau apa sahaja mainan yang boleh merangsang perlakuan sosial dan emosi
- Finger Puppet
- Set karaoke seperti microphone dan piano.
- Teddy bear / doll
- Turn taking games! Permainan yang membolehkan mereka belajar untuk menunggu giliran.

🎀 Aktiviti 1

Susun atur cakes
- mungkin sebelum ni mama xpernah ajar aisyah main dgn betul, jd masa mula2 main die agak konpius nk susun ikut susunan yg betul. Selepas diulang 3,4 kali baru die faham macamne nk susun dgn betul. Strawberi di dalam dan icing diluar. 😅


Friday, February 12, 2016

Cara berjimat dalam perbelanjaan

Assalammualaikum.
Entry kali ni eda nk jd pakar kewangan plk. Gara2 baru lepas balik dr bercuti di patai timur, rumah kaklong eda di Jerteh. Biasa la kalau jalan jauh dari JB ke Jerteh, perbelanjaan minyak dan tol xpayah cite la. Tambah plak eda ni skrg nk kene makan je kalau x lapo sbb aisyah ni fully bf. Terjaga kebajikan perut makcik hehehe...

Alhamdulillah tertunai sudah janji eda pada kaklong. Dh berjuta kali die ajak g umah die. Sejak lepas eda kahwin la kirenye. Dh 5 thn.huhu.. xpe, kaklong faham. Die pun penah alami mcm eda, buat treatment. Walopun kaklong just mkn ubat je, xmcm eda kene buat proses IUI, HSG, Cerclage bagai. Mmg aisyah dan arwah abglong adam dan abglong adib ni bby2 lumayan dong ^_^… Jd eda janji dgn kaklong lps dpt bby baru kami sampai. Sebelum tuh, sume perbelanjaan kami akan dicatu. Even g outing luar pun. Dats why dh lame x honeymoon tmp org ni hehehehe... abi beijing plisssss ahaksss ^_^…

Untuk tahun 2016, ade byk wishlist eda dan hubby. Selain drpd mjd tetamu Allah (mg Allah permudahkn perancangan kami amiin), inshaAllah kalau ade rezeki hubby lebih skit nk sambung renov luar umh. Kne buat skit2 almaklum sorg je mesin penjana pendapatan umh ni huhu.. Nak kene cat sbb aritu buat tembok umah cat putih je. Letak jubin skit kt tembok dan jubin kt lantai luar. Baru faham kenapa org ckp ddk umah sendiri ni byk perbelanjaan die. berbeza kalau ddk umah sewa, mmg terima seadanyalah keadaan umah kn. Nk lg selesa blh sewa umah lain yg lebih besar ke. Konpem duit sewa kne lg besau kn hehe... Ddk umah famili lg la jimat. x pelu fikir byr umah or Sewa. kala ade bg pun kate duit belanje mak abah. bkn duit sewa umh hehehe..I wish mak abah ade umah kt jb ni. Heaven gileee... berangaaannn la eda oii..

Masa g ganu aritu g la buat rantai nama si aisyah. Alhamdulillah. Nk beli gelang tangan dah ade. Dok belek gelang kaki, dgr kaklong eda ty kalau nk trade in gelang die berapa. Haaaa... terus cancel beli gelang kaki aisyah. Sbb teringat gelang rantai cincin emas eda simpan. Ty hubby blh la trade in sbb eda xpakai pun. Tak elok pun beli barang kemas emas dan simpan. Lagi bagus tukar jd barang kemas si aisyah blh la pakai. Melainkan keping2 emas dina dirham ape tah yg hubby beli tuh yela, mmg jd pelaburan simpanan kan. Ok, next g ganu angkut sume trade in. Tp yg gelang dan rantai mak bg xleh la trade in. Itu kire harta pusaka kne turun menurun ke ank cucu cicit nnt..rantai mak mmg xpakai la sbb dh ade rantai hubby belikan. Xpe nnt aisyah dh besau blh pakai..

Ok jom amalkan tips berbelanja di bawah. Bg eda berbelanja la ikut kemampuan. Bukan nk menunjuk2. Sbb yg merana diri sndiri. Hutang sane sini. Tiap bulan dok fikir hutang sane sini nk bayor. Kalau xde hutang pun, jd mcm kais pagi mkn pagi kais ptg mkn ptg version moden. Sbb mampu boros berbelanja besar tetapi xde simpanan. Bkn simpanan potongan gaji epf tu ye.hehe... Ahaii.. tak sanggup den hidup dunia ni nk fikir duit je hai. hy semata2 nk org tgk kite ni mcm org kaya. Tp sebenarnye kayap. minta dijauhkan nauzubillah..


Ini mmg dh dlm pakej rm60 eda pung

alhamdulillah. Hubby mmg x merokok. Haram pun kannn... nk ckp ape lg. Ko lg pandai bab agama drpd ahli fatwa ko!! >_<…

Alhamdulillah. Sejak dpt info dr fb cr jimat lektrik klu umah pakai ekon, maintain bil 3 bln ni dlm rm80 ++

hehehe..... itu kne tgk pd kerajinan den masak. Tp eda kne jimat so masak ok!!!

itu feberet kmi. Tp x mbeli punnnn

ha ni bagus utk hubby sbb keje jauh benor kt tanjung bin saneee

hehehe no komen

tak dah kooottt... yg ade skrg msh ok. 


dh de Mr V ni pun dh ok nk jln jauh. Mrs V hubby bw g keje

buku byk dlm stor umh ni haaaa

oo sahut seruan si ahmad ye.. ce ko keje 12h shari, baru ko tau..


cukup la ptptn ni den baru nk byr even belum dpt surat lg suruh byr. eda ade aply tangguh byr sbb sambung study dlu. Selain tu hubby byr umah kete jela. Hubby mmg xsuke beli ansuran klu xde kepeluan sgt sbb ade unsur riba.

jgn mudah tpengaruh tgk gaya hidup org lain. Pecayelah disebalik kemewahan tuh xsemua gembira bahagia (Sbb eda pnh jump manusia gini>_<). betul la kate alim ulamak, klu pujian2 manusia yg kita cr, Allah serahkn pd manusia. Jadinye kite rs selalu x cukup dgn apa yg ade sbb nk tunjuk pd dunia kita mampu segalanya. Tp klu pandangan Allah itu yg kita cr, inshaAllah semua akn dicukupkn. rumah kecil pun rs bahagia, kereta biasa pun mampu bw keluarga ke sana sini bergembira bersama 

mmg konpem hubby reject. 

Sunday, July 19, 2015

Petua mudah bersalin..

Sekarang ni eda tgh mencari info2 berkaitan bersalin. Dah masuk 34 weeks ni rasanye kene prepare mental dan fizikal dah. Eda copy paste dr blog ini.. untuk rujukan bersama. InshaAllah..

Pengalaman pertama eda dgn twins adam dan adib, xde koyakan langsung. Xde bius bagai (malah eda minta c-zer lg sbb xprepare mental waktu tuh) Doc ckp sbb eda pandai teran. Tapi eda rs mngkn sbb bby2 kecik je. Yela batu 5 bln berat dorg pun 250+g je sorg. Yg 1st Adam mmg eda x faham mcm mne nk teran. Dok teran2 xkeluar2 lg. Bile doc ckp dh rs nk berak tuh baru teran. Alhamdulillah.. yg kedua Adib dh faham.. 2x teran keluar.

So kali ini kene menuntut sungguh2 ye eda. Nak belajar teknik hypnorbirth. Teknik pernafasan die tuh yg penting. Nak belajar urutan perineum utk kurang risiko koyakan. Minyak kelapa dara pun x beli lg ni eda. haihhh... T_T'...

*********★★★*********

Assalamualaikum bakal mommies hebat,

Apabila usia kandungan memasuki 36 minggu, ibu mana yang tak berdebar-debar untuk melahirkan bayinya. Pengalaman di dalam bilik bersalin adakalanya mudah, namun ramai yang takut nak bersalin disebabkan:

  • Takut dengan sakit bersalin
  • Tak tahan sakit bersalin
  • Sakit bersalin yang lama
  • Jahitan yang banyak
  • Ini pengalaman anak pertama (anak sulung)

Oleh sebab itu, entri ini khas untuk mommies yang bakal melahirkan tidak lama lagi. Petua Mudah Bersalin Normal,agar proses kelahiran mommies lancar, tiada komplikasi, bersalin dengan normal dan selamat kedua-dua ibu dan bayi insyaAllah!




Petua, Teknik, Doa dan Amalan agar Mudah Bersalin Normal

Persediaan Di rumah (sepanjang mengandung dan sebelum ke hospital)

1. Senaman Kegel
Ini ialah satu aktiviti mudah dan memudahkan kelahiran insyaAllah. Senaman kegel dapat membantu menguatkan otot bagi mempersiapkannya menempuhi proses kelahiran. Wahh, macam melatih askar nak bertempur di medan perang! Gitu lah gamaknya.

Tetapi senaman kegel ni mudah saja. Cuba berlatih ketika anda membuang air kecil. Tahan air kencing dari keluar, tahan lima saat kemudian lepaskan perlahan-lahan. Buatlah dua tiga kali. Selain semasa dalam toilet, boleh juga buat bila-bila dengan cara membuat kemutan kiraan lima saat, dan lepaskan perlahan-lahan.. sambil lipat kain, sambil berwhatsApp dengan encik abang, sambil baca entri ni pun boleh buat!

2. Banyakkan membaca al-Quran, sebaiknya khatam sekali sebelum melahirkan 
There’s no doubt about this! Ramai orang sarankan baca surah Maryam. Bagi Ummi, bacalah keseluruhan al-Qur’an sepanjang 9 bulan mengandung.

3. Banyakkan berjalan, terutama bila dah masuk minggu ke 36. Ajak suami window shopping ke, jalan di tepi tasik ke, naik turun tangga pun ok.

Kalau Ummi dulu, dok pusing keliling rumah. Target 1000-3000 langkah sehari! Keluar peluh, baby pun senang keluar. Dan paling best, senang nak turunkan berat badan semula selepas bersalin.



4. Air selusuh
Kata orang, seeloknya suami yang buatkan air selusuh ni. Setakat ini Ummi belum pernah mencubanya.

5. Makan Sayur Bendi
Mengikut petua tradisional, bendi yang bersifat lendir di dalam dapat membantu melicinkan laluan peranakan. Allahu a’lam. Petua mudah bersalin yang ini Ummi belum pernah mencubanya. Makan asam pedas ikan terubuk berulamkan bendi pun nyumss nyumsss!

6. Makan sebelum masuk bilik bersalin
Ini petua yang sangat penting. Jangan sesekali ambil mudah! Mama Ummi kata, masa lahirkan abang, mama tak bertenaga nak meneran (sebab tak makan sebelum masuk dewan bersalin). Akibatnya? Baby kena forceps.

Makanlah nasi ke, roti ke, minum milo.. telan beberapa biji kurma juga sangat bagus. Untuk memastikan makanan yang baru dimakan tadi ditukar menjadi tenaga, telan sebiji B-Complex Shaklee - pemberi tenaga instant semasa mommies nak meneran nanti.

Semasa berada dalam bilik bersalin

7. Aktif semasa merasa kontraksi

Kesilapan ramai mommies ialah apabila mula rasa kontraksi ringan/sederhana, dia hanya berbaring bagi "konon2nya" mengurangkan kesakitan.

Seeloknya lagi kita sakit, lagi kita banyak berjalan agar laluan membuka dengan lebih cepat. Minta izin nurse untuk berjalan-jalan disekitar bilik bersalin

8. Banyakkan membaca doa Nabi Yunus

“Laa ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minaz zolimin”.

9. Banyakkan membaca ayat 19 dan 20 surah Abasa

10. Teknik pernafasan yang betul semasa kontraksi dan semasa meneran.
Teknik ini harus dipelajari dan perlu latihan. insyaAllah esok lusa Ummi kongsikan caranya ya.

11. Cara meneran yang betul
Cara meneran yang betul membantu baby keluar dengan mudah. Ini satu entri yang harus dibincangkan dalam satu entri khas.

Gabungan teknik pernafasan dan cara meneran yang betul sangat membantu memudahkan bersalin. Ia membantu kita mengawal sakit kontraksi, mengumpul tenaga agar proses meneran lebih efektif.

Teknik pernafasan yang betul membantu bukaan laluan dengan lebih cepat. Oleh itu, masa sakit kontraksi dan masa proses kelahiran dapat dipendekkan insyaAllah

Teknik meneran yang betul juga akan mengurangkan risiko natural tears dan jahitan luka bersalin yang banyak.

Monday, July 6, 2015

10 malam terakhir Ramadhan



Tiba sudah 10 mlm terakhir Ramadhan. Hari2 yg terdapat satu mlm yg sgt istimewa Iaitu mlm Lailatul qadar..

Jom perbanyakkan doa di atas. Dan bangun bertahajud. Moga kita terpilih menjadi antara yg mmdpt mlm lailatul qadar.. aamiin..


Sunday, June 14, 2015

Panduan Penyusuan Secara Esklusif



Assalammualaikum..

Ok memandangkan eda mmg dari zmn anak dara dh rancang nk bf anak2 secara esklusif. Jadi rsnye ade baiknye eda kene mula belajar la info2 psl bf ni. Ekceli eda ade kisah trauma yg sentiasa menghantui eda bkaitan bf ni. 

Selepas keguguran pd kehamilan pertama pd thn 2013, eda penah alami bengkak susu yg agak teruk dan lama jugak. Tp xdela sampai kene buat operation. Cume demam2 je 2minggu. Mungkin sbb eda xpnh buat persiapan mental lg psl bf ni. So bile dh bengkak susu, nak pam xdpt (dlm mind eda rs xblh, rs sakit).. tapi masalah susu mmg keluar sepanjang ms. Eda percaya semua ni sbb mainan minda eda. Minda sendiri x yakin, so susu xmau keluar. Bila makcik urut dtg urut mmg byk keluar. Huhu.. akhirnye terpaksa pegi klinik mintak ubat keringkan susu. Mmg bergantung pd ubat tuh sampai susu dh xde.. 

Jadi utk kehamilan kali ni, eda cuba positifkan diri sendiri bahawa eda blh bf bby secara esklusif. So bwh ni info eda kopi pasta utk rujukan masa akan dtg. Take note eda!!!


**********★★★***********

Semua wanita yang bergelar IBU yang normal pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi mereka. Kerana ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yg tersayang. Kerana susu ibu dicipta oleh Allah swt sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui ibu. Kebiasaannya ramai ibu terutama yg pertama kali melahirkan anak seakan hilang arah dan tiada panduan bagaimana dan apa yang perlu dilakukan sejurus selepas melahirkan bayi. Biasanya mereka memang bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi dek kerana kurang sokongan dan ilmu berkenaan ini membuatkan mereka keliru apa yang sepatutnya mereka lakukan. Saya sungguh-sungguh tidak mahu perkara begini berlaku dan akhirnya membuatkan ibu dengan mudah percaya yang mereka TIADA SUSU sedangkan apa yang sepatutnya mereka lakukan tidak mereka lakukan.

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini, bila berdepan dengan situasi konflik seperti ini oleh beberapa orang ibu yang membuatkan saya rs agak kesal. Sebagai seorang ibu yang bersungguh-sungguh mahu menjayakan PSI anda tidak seharusnya MALAS untuk mencari maklumat kerana dunia hari ini segala maklumat berada di hujung jari. Sy tidak begitu risau pada ibu-ibuBIJAK yang mengambil tindakan berhubung dengan saya atau MBfPC yang lain atau telah bersiap sedia membuat 'homework' menjelang saat kehamilan. Cuma yang merisaukan saya ialah golongan ibu yang ada keinginan tetapi agakCULAS mencari ilmu.

KENAPA ANDA PERLU MENYUSUKAN ANAK?
1. Kerana susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak tanpa memerlukan anda mengeluarkan modal yg tinggi. Modalnya cuma ILMU dan KASIH SAYANG.
2. Penyusuan Susu Ibu (PSI)  memenuhi keperluan fizikal anak malah ia juga memenuhi keperluan emosi dan rohaninya. Ini semua tidak akan dapat dipenuhi melalui susu formula walau harganya puluhan RM.
3. PSI melengkapi fasa kehidupan seorang wanita.
4. PSI akan membuatkan anak semakin hari semakin dekat dan jatuh cinta pada anda. Kerana kalian berkongsi segala-galanya terutama makanan dari dalam kandungan sehinggalah mereka berusia 2 tahun.
5. PSI bukan hanya mengenyangkan perut bayi sebaliknya dibekalkan sekali dengan kasih sayang dan jaminan keselamatan. Biasanya ibu menyusukan anak dengan memangku dan memeluk mereka, sambil membelai anak kecil itu membuatkan anak berasa selamat dan disayangi.

REALITI YANG WAJIB BUAT SEMUA IBU DAN BERSEDIALAH UNTUK BERHADAPAN DENGAN SITUASI YANG BAKAL ANDA LALUI MENJELANG KELAHIRAN DAN SETELAH MELAHIRKAN.

1. JIKA ANDA MEMILIH UNTUK BERSALIN DI HOSPITAL SWASTA / HOSPITAL BUKAN RAKAN BAYI (TIDAK MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU)
  • Anda WAJIB memaklumkan pada pihak hospital tentang pilihan anda untukMENYUSUKAN ANAK HANYA DENGAN SUSU IBU (exclusive breastfeeding). Jika tidak, anak anda akan diberi susu formula sebagai minuman pertama mereka. 
  • Pastikan anak diberi pada anda dlm tempoh sejam selepas dilahirkan untuk disusukan buat kali pertama. Rangsangan awal ini sangat-sangat penting. Jika anda bersalin secara normal, anda WAJIB untuk memohon supaya anak anda tidur bersama anda (ROOM IN) bagi membolehkan anda menyusukan bayi sekerap yang boleh atau mengikut permintaannya(FEEDING ON DEMAND).
  • Kebiasaannya anda akan dibekalkan dengan sample susu formula dr brand tertentu. Sebaiknya, buang atau beri pada ibu lain yang tidak berhasrat untuk menyusukan anak mereka. Bila anda terus menyimpan dan punya hasrat kononnya untuk dijadikan sebagai susu "back up",  mind set anda akan terganggu dan badan tidak bersedia 100% untuk menghasilkan susu ibu yang cukup untuk anak anda.
2. JIKA ANDA MEMILIH UNTUK BERSALIN DI HOSPITAL KERAJAAN / HOSPITAL RAKAN BAYI 
  • Perjalanan penyusuan anda tidak begitu sukar kerana kebiasaannya nurse sendiri yg akan membawa bayi kepada anda untuk disusukan sama ada sewaktu doktor sedang menjahit luka atau selepas semuanya selesai. Kebiasaannya jam pertama selepas kelahiran anak anda telah pun dapat menyusu direct dengan anda.
  • Jika dlm tempoh 2-3jam selepas melahirkan nurse masih tidak membawa anak kepada anda, maklumkan pada mereka.
  • Jangan risau kerana anak kita dilahirkan dan dibekalkan oleh Penciptanya dengan naluri hisapan yang kuat. Mereka pandai menyusu secara semulajadi walaupun tanpa diajar.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SETELAH BAYI DILAHIRKAN?

1. SUSUKAN ANAK SECEPAT MUNGKIN
  • Manfaatkan sebaiknya 20-30min pertama selepas kelahiran ini kerana Refleks Rooting dan hisapan adalah paling tinggi dalam masa tersebut.
  • Satu hingga dua jam pertama kelahiran merupakan waktu paling tenang dan paling peka buat bayi. Inilah waktu terbaik untuk bayi mengenal payudara dan belajar menyusu.
  • JIka anda perasan sekeliling kawasan areola terdapat kelenjar2 yg timbul seperti urat timbul itu sbrnye di namakan Kelenjar Montgomery, kelenjar ini lah yang menghasilkan bau yg unik membuatkan bayi kenal dengan payudara ibunya.
2. SUSUKAN ANAK SEKERAP MUNGKIN
  • Susukan bayi setiap jam sekali atau 2 jam sekali. Kebiasaannya bayi yang baru lahir lebih banyak tidur. Jangan biarkan mereka tidur sebaiknya kejut bayi untuk menyusu. Pastikan anak menyusu 8-12kali dlm tempoh 24jam. Lebih kerap lebih baik!
  • Lebih banyak bayi menghisap payudara lebih tinggi hormon oksitosin dan prolaktin terhasil dengan izin Allah lebih banyak susu akan dihasilkan.
  • Jika anak kerap mahu menyusu ia merupakan suatu yang normal dan sangat baik, JANGAN MERUNGUT! sebaliknya penuhilah permintaannya. Ini kerana, bayi sedang membantu payudara anda menghasilkan susu yang meriah. Susu hanya akan banyak jika payudara menerima stimulasi maksimum dari bayi.
3. JANGAN SESEKALI MEMBERI BAYI MENYUSU MENGGUNAKAN BOTOL SUSU DAN PUTING TIRUAN!
4. FAKTA YANG WAJIB ANDA TAHU!
  • Jika ibu diberi ubat penahan sakit, terdapat kesan sampingan pd bayi : ada kemungkinan bayi tidak dapat memulakan penyusuan kerana mamai ataupun hisapan tidak teratur.
  • Bayi menggemari rasa manis, hebatnya ciptaan Allah kerana kolostrum yang tinggi dengan laktosa berasa agak manis!
  • Kebiasaannya bayi baru lahir menghabiskan 60% masanya dengan tidur, bagaimanapun setelah itu mereka akan kerap bangun untuk menyusu dan diselang selikan dengan tidur yang singkat.
  • Dalam bulan pertama kelahiran suatu yangNORMAL jika bayi menyusu lebih kurang 5-10 kali dalam tempoh 2-3jam! Ini dinamakan sebagai cluster feeding. Tapi sayangnya, kebanyakan ibu mengganggap situasi ini merupakan tanda anak mereka lapar dan tak cukup susu! Ibu2, ternyata anda silap sama sekali!!!
  • Ramai ibu beranggapan mereka tidak mempunyai susu kerana apabila memicit puting tiada susu yang keluar. Ini merupakan MITOS semata-mata, masakan tidak. Kolostrus sudah mula terhasil sejak hamil dan selepas bersalin dgn kuantiti yang SEDIKIT bersesuaian dengan saiz perut bayi baru lahir.
  • Adalah normal jika payudara nampak seperti TIADA SUSU pada hari pertama kelahiran ini kerana susu matang belum terhasil yang ada cuma KOLOSTRUM yang pekat dan sedikit sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah susukan lah anak sekerap yang boleh.
  • Saya ulang, Adalah normal jika payudara nampak seperti TIADA SUSU pada hari pertama kelahiran ini kerana susu matang belum terhasil yang ada cuma KOLOSTRUM yang pekat dan sedikit sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah susukan lah anak sekerap yang boleh.
  • Saya ulang sekali lagi, Adalah normal jika payudara nampak seperti TIADA SUSU pada hari pertama kelahiran ini kerana susu matang belum terhasil yang ada cuma KOLOSTRUM yang pekat dan sedikit sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah susukan lah anak sekerap yang boleh.
  • Dan ulang lagi, Adalah normal jika payudara nampak seperti TIADA SUSU pada hari pertama kelahiran ini kerana susu matang belum terhasil yang ada cuma KOLOSTRUM yang pekat dan sedikit sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah susukan lah anak sekerap yang boleh.
  • Payudara TIDAK AKAN terus bengkak dan penuh dengan susu pada hari 1-3 selepas kelahiran.
  • Payudara hanya akan mula membengkak bila susu matang mula terhasil. Selepas semua kolostrum dan "transitional milk" terhasil dan dinikmati oleh bayi barulah susu matang terhasil.
  • Waktu inilah baru ibu dapat lihat susu memancut bila puting di picit, waktu ini juga barulah susu mula menitik dan membasahi baju anda dan fasa bengkak susu mula terjadi. Kebiasaannya selepas 4 hari atau seminggu barulah ianya terjadi.
  • Jadi saya merayu selepas ini, janganlah ada lagi ibu yang memberi tahu mereka TIADA SUSU, TAK CUKUP SUSU, ANAK KELAPARAN, ANAK TAK CUKUP SUSU! Jika anda sendiri culas menyusukan anak sekerap mungkin.
Sejujurnya, seikhlas hati saya ingin katakan pada anda semua. Bukan mudah untuk menjayakan Penyusuan Susu Ibu kerana ianya memerlukan pengorbanan yang tiada taranya. Kesakitan, keperitan, kepedihan, luka, penat, mengantuk semua nya WAJIB dilalui sebelum anda mahukan HASIL YANG LUMAYAN! Ini semua menuntut PENGORBANAN, KESABARAN, KEYAKINAN dan SEMANGAT yang tiada tolok bandingnya.

Ini semua cara Allah swt melatih dan mengajar semua ibu menjadi seorang yang KUAT, TABAH dan benar-benar BERSEMANGAT untuk memberikan yang terbaik, dengan izin Allah swt anak yang lahir dan dibesarkan kelak penuh dengan KEKUATAN, KETABAHAN dan sentiasa BERSEMANGAT meneruskan kehidupan. Barulah berbaloi diletakkan keistimewaan SYURGA di bawah telapak kaki seorang IBU!

********★★★********

Lagi info berkaitan persediaan penyusuan dan proses penyusuan, blh ke laman ini. 

Tuesday, June 9, 2015

Usus tersumbat dan E.coli infections pd baby..

Assalammualaikum..

Harini eda rasa nak kongsi sikit ilmu dan pengalaman yg dialami oleh anak buah eda berkaitan e.coli infections. kite biasa dgr kn bakteria e.coli.. bakteria ni mmg ade disekeliling kita. Waktu skrg ni pun ade e.coli kat jari dan hanset eda tgh taip ni kot ^_^… dalam badan kita pun ade bakteria ni.  Cuma x sampai mendatangkan kemudaratan pd badan kita.. tapi tak dinafikan ade jenis tertentu e.coli yg blh menyebabkan keracunan kepada host (perumah) yg bakteria ni ddk. sbb tuh blh menyebabkan ceriberi dan sebagainya. 

Kisah bawah ni eda kongsi utk sama2 kita ambil iktibar dan mungkin boleh jd langkah berjaga2 dikemudian hari..

Actually sebelum anak buah eda alami peristiwa ni, sedara jauh eda pun ada alaminye juga. Cume mungkin takde sampai tahap kene jangkitan kuman. Itu adalah pengalaman kedua die alami anak yg perlu pembedaha, anak yg pertama selepas dilahirkan ade komplikasi dan beberapa pembedahan perlu dibuat. Tetapi Allah lebih menyayangi anaknye, hari ke 3 anaknye telah dijemput bertemu penciptanNya. Allah.. Utk anak kedua, kisahnye sama dgn kisah dibawah yg eda nk kongsikan, anaknye tetiba tidak lalu makan dan minum susu sharian. Malam itu anaknye mula muntah2 hijau dan bila poo ade darah. Allah.. ibu mana tak risau kan. Terus ke hospital dan selepas beberapa diagnose doc beri kesimpulan yg anaknye mengalami usus tersumbat. pembedahan dibuat segera dan alhamdulillah esok lusa anaknye sudah blh minum air dan makan. Alhamdulillah..

Cume kisah dibawah pula, anak sedara eda ni anaknye alami usus tersumbat dan dalam masa dijangkiti bakteria e.coli.. Allah. Ujian yg sgt berat bagi ibu muda ini. Eda penah lalui kehilangan anak, jd eda faham perasaan yg dialami mereka. 

*******★★★********



*maaf nama org2 berkenaan eda rs better diblanckkan demi privasi. 

Bagi pendapat eda, apa yg eda belajar dr pengalaman anak buah eda ni:

1. perhatikan jika anak tetiba xnak minum susu atau makan. Mngkin tanda xselesa diperut mrk.
2. Perut kembung kdg2 tanda bahaya juga.jd jgn amik mudah
3. jika bayi menunjukkan tanda muntah lagi2 muntah hijau (ade kandungan hempedu) atau darah (mngkin sbb luka ditekak)
4 Poo yg disertai darah. kebiasaa  poo berdarah adalah tanda usus dijangkiti kuman atau tersumbat.

Ini dari apa yg eda ty dr doctor bile checkup rutin eda:

1. jangan bg bayi mknn solid sblm 6 bln. Mulakn dgn yg jenis lembut. Jgn pelbagai sgt pd mula2 belaja mkn solid food.
2. Jgn bg minum air msk byk walopin bby dh umo 6mo. Ade kes usus byi pecah sbb minum air kosong yg byk.
3. Jaga kebersihan persekitaran. jika anda bela haiwan, walopun haiwan divaksin, tp still masih ade bakteria di badan mereka. Elakkan anak bergaul sentiasa dgn haiwan. 
4. Amalkan kebersihan diri dan makanan. Sayur dan buah harus dibasuh dgn betul2 dan dimasak dgn elok. Tangan dibasuh dgn betul2. Sbb bakteria ni ssh nk mati.
5. Bayi yg full bf mmg jarang poo.. tp kalau ade tanda2 poo die keras dan spt bby ssh nk poo, check ke pead..
6. Elakkan mandi pool yg x chlorine airnye. sbb ade byk bakteria kalau air x chlorine.
7. Dan akhir sekali, kalau ade apa2 masalah better hntar anak ke hosp kerajaan. Sbb di sana ramai pakar. Ini pengalaman eda, doc pakar eda sendiri suggest eda bersalin di hsa sbb katenye disitu ade ramai pakar kanak. In case kalau eda lalui premature labour..

ok... take note eda ye

Maklumat lebih lanjut berkaitan e.coli boleh ke laman bwh. Eda suke rujuk sini bkaitan thesis eda sblm ni..

1.http://www.m.webmd.com/a-to-z-guides/tc/e-coli-infection-topic-overview
2.http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ecoliinfections.html

Wednesday, May 27, 2015

Ramadhan bulan yang diberkati ♥♡♥

Alhamdulillah. Rasa sekejap je masa berlalu. Lagi 3 minggu kita akan bertemu dengan bulan yang penuh barakah inI. Moga Allah sampaikan kita pd bulan yg dinanti2 ini. Aamiin..

Eda?? ye eda teruja untuk melalui ramadhan kali ini. Alhamdulillah dh buat persiapan puasa sikit2 sekarang (puase ganti sebenarnye sebab dh lupa tahun lepas dh ganti berapa hari.hehehehe)... Almaklum, takut badan terperanjat. Lagi2 yg duduk dlm ni ^_^ .. Moga dipermudahkan. Amiin..

Jom sama2 buat persediaan utk Ramadhan tahun ni. Bukan aidilfitri yo!! Hehehe...

★★★★★★★




Syaaban: Pecutan persiapan Ramadhan


1⃣ Persiapan iman.
Segera bertaubat dari semua dosa. 
Memperbanyak doa agar diberi umur panjang sehingga bisa menjumpai bulan Ramadhan.
Memperbanyak puasa sunnah di bulan Sya’ban agar terbiasa secara jasmani dan rohani.
Mengakrabkan diri dengan Al-Qur’an.
Meresapi kelezatan shalat malam.
Meresapi kelezatan dzikir dengan menjaga dzikir setelah shalat, dzikir pagi dan petang, dan dzikir-dzikir rutin lainnya.
 Mengulang hafalan alQur'an

2⃣ Persiapan Ilmu
Mempelajari hukum-hukum fiqih puasa Ramadhan
Mempelajari rahasia-rahasia, hikmah-hikmah, dan amalan-amalan yang dianjurkan atau harus dilaksanakan di bulan Ramadhan.
Mempelajari tafsir ayat-ayat hukum yang berkenaan dengan puasa.
Mempelajari buku-buku akhlak yang membantu menyiapkan jiwa untuk menyambut bulan Ramadhan.

3⃣ Persiapan dakwah, meliputi:
Menyiapkan materi-materi untuk kultum, taushiyah, ceramah.
Membuat serlebaran, brosur, pamflet, majalah dinding, buletin dakwah dan lembar-lembar dakwah yang mengingatkan kaum muslimin tentang tata cara menyambut Ramadhan.
Mengadakan daurah pengisian tentang Ramadhan.

4⃣ Persiapan Keluarga.
Menyiapkan keluarga untuk menyambut kedatangan Ramadhan dengan mengenalkan kepada mereka persiapan-persiapan yang telah disebutkan di atas.
Membiasakan mereka untuk menjaga shalat lima waktu, shalat sunnah Rawatib, shalat dhuha, shalat malam (tahajud dan witir), dan membaca Al-Qur’an.
Memberikan taushiyah /kultum harian jika memungkinkan.
Meminimalkan hal-hal yang melalaikan mereka dari amal shalih seperti muzik dan lagu-lagu jahiliyah, menonton TV.

5⃣ Persiapan Harta
Menyisihkan sebahagian harta untuk sedekah di bulan Ramadhan khasnya.

6⃣ Persiapan Mental
Menyiapkan tekad yang kuat dan sungguh-sungguh untuk membuka lembaran hidup baru dengan Allah SWT, sebuah lembaran putih yang penuh dengan amal ketaatan dan berisi sedikit amal-amal keburukan
Berazam membuat hari-hari kita di bulan Ramadhan tidak seperti hari-hari kebiasaan kita di bulan lain yang penuh dengan kelalaian dan kemaksiatan
Meramaikan masjid dengan ibadah2.
Membersihkan puasa dari hal-hal yang merosak pahalanya dan perbuatan lagho.
Menjaga dan membiasakan sikap lapang dada dan pemaaf.

7⃣ Persiapan Jihad
melawan hawa nafsu dr kebiasaan-kebiasaan buruk.
Membiasakan lisan untuk mengatakan perkataan-perkataan yang baik dan bermanfaat
Mencegah hawa nafsu dari keinginan untuk melampiaskan kemarahan, kesombongan.
Membiasakan diri untuk hidup sederhana.
Melakukan muhasabah (introspeksi) harian
.