Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Showing posts with label Restricted Movement Order RMO malaysia. Show all posts
Showing posts with label Restricted Movement Order RMO malaysia. Show all posts

Monday, May 25, 2020

Aidilfitri 2020 PKP


SALAM AIDILFITRI ❤️

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu"

Ampun dan maaf dipinta jika ada salah dan silap dalam setiap tuturkata dan sikap terhadap semua yg mengenali kami. Semoga Allah menerima segala kebaikan dan amalan kita semua dunia dan akhirat. InshaAllah amiin.. 

#teamAJ
#teamrayaJB
#aidilfitriPKP
#kitajagakita
#stayathome
#staysafe

Ragam Hari Raya

'Mantai' anak perantauan 😢 nasib baik suami keje mlm, jd siang blh la tlg kemas rumah dan masak 😊

Solat raya berimamkan suami sendiri. Alhamdulillah.. Cume kami solat lewat sikit tunggu suami blk keje pagi tu ☺️ lepas solat, sesi bermaafan, sarapan dan kongsi juadah raya. Almaklumlah raya pkp jd tak dapat nak ziarah jiran2 😉😉😉

Ragam anak2. Pengubat hati mama abi. Alhamdulillah 😍 tema tanjak dan kebaya labuh kita tahun ni ❤️



Thursday, April 9, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia

Allahu.. 

Nampaknya gejala wabak pendemik Coronavirus 19 ni makin bertambah teruk. Ianya bermula dgn 2 kes kluster pada awal mac iaitu:


  1. kluster ceo uda yg baru pulang dr china dan telah menghadiri beberapa perjumpaan ketika menjalankan tugas.
  2. Seterusnya kluster tabligh yg mana salah seorg jemaah baru pulang dr korea dan menyertai perhimpunan tabligh di masjid sri petaling yg mana terdapat lebih dari 10k jemaah dr merata dunia. Allahu 😔

Pada 18mac kerajaan malaysia mengumumkan agar PKP dilaksanakan selama 2 minggu. Bermula dari 18mac hingga ke 31 mac.

Dan memandangkan wabak ini makin hari makin teruk mama PKP peringkat ke2 dilaksanakan bermula 1april hingga 14 april 2020.  

Antara yg termaktub dalam PKP adalah:

  1. Semua perhimpunan sama ada keagamaan, sukan tidak dibenarkanr
  2. Premis perniagaan tutup kecuali pasaraya, pasar awam dan kedai runcita
  3. kyat tak dibenar ke luar negarae
  4. lancong tidak dibenarkan masuk ke dalam negara
  5. Semua sekolah, IPTA, IPTS, Taska ditutup
  6. Semua jabatan kerajaan dan swasta kecuali servis kritikal ditutup

Kerajaan malaysia telah memberikan banyak kemudahan sepanjang PKP ini termasuklah peruntukan dan juga penangguhan pembayaran sewa beli dan pinjaman. Alhamdulillah.. 

Bermula dari 1 april semua rakyat malaysia boleh daftar dan cek status samada layak atau tidak mendapat peruntukan yg diberi. Dan pemberian akan diberikan 2 peringkat iaitu april dan mei.

10 april Kerajaan telah mengumumkan PKP telah memasuki fasa ke3 dimana akan dilanjutkan dari 14 april hingga 28 april 2020..

Syabas untuk klaster oversea. Semua ini beelaku adalah disebabkan terdapat beberapa kluster besar yg masih aktif. Allahu.. Beetapa selfishnye mereka2 ni. Kalau yg bekerja dan student tu masih boleh diterima. Tetapi ini ada yg dgn bangga bercerita baru balik dr US. Cerita mcmne die dapat simtom hingga la dikesan positif. SubhanaAllah. Dia tak sedar dlm die bangga bercerita tu, sepanjang perjalanan die berapa org yg sudah dijangkiti. Die mungkin mempunyai antibodi kuat maka simtom ringan aje. Tp yg org tua, kanak, pesakit kronik? Astaghfirullah..



#stayathome
#kitajagakita
#kitabolehmenang

Semoga Allah menjaga kita semua.