Tuesday, December 1, 2020
Thursday, November 12, 2020
Fifth Pregnancy - 3nd trimester
Alhamdulillah memasuki trimester terakhir. Syukur masa berlalu dengan pantas. Dikala musim covid ni dgn keterbatasan untuk segala urusan samada untuk panggil bibik dtg kemas umah, masakan harian, dan urusan di luar. semuanya memang mengundang trauma bg kami yg masing2 family jauh huhu..
27 weeks
Checkup kk minum gula kali ke 2. Alhamdulillah. Masih ok. Risau jg sbb den tiap hari beli air teh cup besar π pregnant kali ni mmg diet ke laut. Berat pun bertambah hampir 2kg dlm masa 2weeks.. Sblm blk kene amik cucuk kancing gigi.. Done ❤️
28 weeks
Checkup di taman u.. Kena swab buat test gbs memandangkan pregnnt 1st dan 2nd ade gbs.. Yg 3rd takde.. Jd kalini mmg kne buat test. Tanya bila nk dpt dexa, doc suruh amik kat columbia jela. Hahaha.. Adoi, ni yg malas nk bgtau kita f/u kat swasta jg. Nnt mesti doc suh refer kt columbia je π masalah eh mahal kot dexa sane.mau beratus2 HHuhuhuhuhu.. Takpe next appoinmnt columbia den ty harga π
30 weeks
Appoinmnt columbia.. Alhamdulillah berat baby dh 1.55kg.. Berat sikit berbanding kakngah dan abglang die. Hasil mama asyik minum air manis tiap harikah? Tiap hari minum teh cup besauu π pintu rahim masih tutup dan uri elok di atas. Kepala baby elok di bawah. Doc try buat 3D lg tp baby tutup muka dgn tangan plk hehe.. Mama lega la kalau pintu rahim masih ok tutup rapat dan pjg still dlm range ok. Risau sbb bby skrg suke mengeras sampai sakit kat bawah huhu.. Baby sabar ye lg 6minggu je tinggal sblm buka cerlage. Besar baik2 tau dlm rahim mama ❤️
Berkaitan dexa tu doc kata tggu result test gbs dlu. Kalau takde jangkitan tak perlu la amik. Sbb setakat ni ok lg pintu rahim. Tp saje ty doc buka cerclage berapa kos kt columbia. Anggaran rm500 kata doc.. Kalau bersalin normal prepare 5k la katanya utk ibubaby. Ermmm... Dlm musim covid ni risau sbnrnye nk blk nismilan sbb kea tinggi sane. Tp bsalin sini susah plk kalau hosp gomen, anak2 takde sape blh tgk kn kalau doc panggil suami amik uri dan azan baby.. Kalau columbia tu ade parkgad aritu kami tggl je dpn pakgad sekejap smntr suami lari naik wad kejap huhu.. Aduhai.. Dilemaaaaa...
32 weeks
Checkup columbia alhamdulillah baby dh 2kg+ kepala masih di bawah. Air ketuban ok. Cerclage masih intact. Syukur sgt2.. Doc siap ckp awqk nk bersalin skrg 34weeks pun ok dh. Ohoiii doc ni. Jgn la... Kalau blh takmau baby prem. Minta dijauhkan...
Lagi 2weeks appoinmnt dgn scog hsajb pula. Untuk bincang date buka cerclage dan juga amik dexa kot. Adoi lambat lagi.. Pintu rahim dh rs sakit2 skrg ni huhu.. Sabar ye baby...
Kami dh bincang laki bini. Akhirnya balik ke kg jg la bersalin kali ni. Atuknenek budak2 ni berat hati nk tinggalkan umah ttj tu. Tp dh ckp dgn toklaki. Abis cuti sekolah kene dtg amik kami jg sbb anakndara sekolah yo. Waktu tu dh hampir 3 minggu pantang ok la kot.. Toksah lama2 kt kg. Nk belajar pantang sendiri sebenarnya. Bila lagi nk belajar, time skrg la blajar. Nnt kalau org tua takde tetibe takdelah hilang arah ye kn. Skrg ni masih blh tanya dorg mane yg taktau huhu..
Mcm ikut hidung abi je soleh sorg ni. Sbb hidung tinggi dan besar hehe |
34 weeks
Checkup scog. Done dexa.. Alhamdulillah berat baby dh 2.2-2.4kg.. Air ketuban 16.. Tp sedihnya doc kata next appoinmnt lagi 2w maknanya dh 36w ++ waktu tu. Baru die akan decide nk buka cerclage bile.. Apoooo??? Kecut perut den dgr oiii.. Skrg ni dh rs nilu2 bila gesa tu dtg. Nk olk tggu sampai 36w lebih. Lepas buka nk plk blk kg. Aduhaiii... Mimpi ngeri kami cmni nnt. Huhuhu..
Dh minta doc tu tanya bos die, sbb biasa anak2 sblm ni time dh 34w ni mmg pakar terus bg date utk buka. Genab 36w terus lapor diri dan buka cerlcage. Yg 1st 37w+ bersalin.. 2nd tepat 37w bersalin.. Takkan yg 3rd ni blh lg lambat plk.. Die blh plk jwp "awak dh dgr kn td boss sy ckp ape"... π
Balik tu terus cite kerisauan pd suami. Risau keadaan cerclage satu, risau plak dh buka lambat sgt nnt mau terberanak plk kt jb ni ahaaa... Musim2 covid ni nk suh atuk nenek turun jb risau jg. Suami walopun blh jg tp time die kne naik kejap amik uri ke time den discas ke, kene fikir gak. Gitulah bila sebatang kara diperantauan. Pengasuh mmg dh book tp hati risau nk tgglkan dorg. Mcm tak mungkin je dorg nk relax kne tggal haha..
Lepas fikir sedalam2nya.. Akhirnya kami amik kata putus buka cerclage kat columbia jela. Dh call Doc, doc siap tanya "nnt awak ok ke bersalin sini?".. "paling max kne ade 5k la" hahahaha... Doc pun.. Die tau sbb den mmg dr awal kata tak bersalin columbia kot sbb kewangan tahun ni gawat sikit. Cerclage aritu dh 5k.. Bersalin pula 5k.. Udah kos mcm czer plak baby kali ni huhu... Tp nk buat cmno..harap2 lepas buka cerclage sempat lari balik kg. Amiinn Ya Mujib π
Friday, September 4, 2020
Jalan2 pantai timur
πShah Alam - Kelantan - Terengganu - Pahang
Pantai Timur π²πΎ
.
5 hari 4 malam.
πCheck in Hotel Assalam Kota Bahru (RM200 2mlm)
Kopitiam Kita - sarapan Roti Titab
Pasir Mas - singgah rumah sahabat - makan laksa kelantan
Rantau Panjang - zon bebas cukai
Pengkalan Kubor - zon bebas cukai
Tumpat - singgah rumah sahabat - makan mee celup
Pantai Genting Tumpat - tengok orang main wau
Pasar Siti Khadijah
Mural Tok Guru - area Tabung Haji KB
πCheck in Hotel Seri Malaysia (RM 150++ 1 malam)
Pantai Penarik Setiu - makan ICT
Pantai warisan - beli steambot
Pasar Payang
Muzium Losong
Pantai Dungun
πcheck in Tanjung Inn Cherating ( RM185++ 1 malam)
Kedai Makan Aziz Satar area jalan Pantai Mak Nik - makan ICT
Pantai Cherating.- memang plan mandi laut dan tengok sunrise
.
π balik Shah Alam.
Kedit FB Ayu yanti zaini
Saturday, July 25, 2020
Fifth Pregnancy - 2nd trimester
Sunday, May 31, 2020
Wean off asyraf
Tuesday, May 26, 2020
Fifth Pregnancy - 1st trimester
15pm da bkn am π Yg pagi dh kering jd lg jelas nampak. Hehe.. |
5 weeks
Aidilfitri PKP paling bermakna bg kami. Dlm kesedihan tak dapat pulang beraya bersama keluarga. Allah berikan khabar gembira buat kami sekeluarga. Alhamdulillah.. |
Disebabkan lagi seminggu lebih appoinmnt, maka byklah test yg direpeat. Ke bawah makin terkini. Boleh perasan line positif makin gelap berbanding control line π |
Minggu ni masih rasa badan mcm demam2. Boobs dh kurang sakit. Tp cramp pd bahagian abdomen dan belakang mmg betul2 limitkan kerja umah den. Dulu tiap selang sehari pasti akan mop rumah. Sejak tau pregnant ni, try la buat slow. Tp jd sakit teruk plk pinggang. So kne buat seminggu sekali la nampaknye ni. M
Belum nampak jantung lagi. Lg 2 weeks appoinmnt baru cek jantung π |
Monday, May 25, 2020
Aidilfitri 2020 PKP
'Mantai' anak perantauan π’ nasib baik suami keje mlm, jd siang blh la tlg kemas rumah dan masak π |
Ragam anak2. Pengubat hati mama abi. Alhamdulillah π tema tanjak dan kebaya labuh kita tahun ni ❤️ |
Monday, April 27, 2020
Wirid selepas solat sunat terawih
Bacaan Selepas Setiap 2 Rakaat Sembahyang Terawih
Kedua : Bacaan selepas rakaat yang ke- 4,8,12,16, dan 20
Ditambah selepas daripada bacaan di atas pada rakaat yang ke-8
Ditambah selepas daripada bacaan di atas pada rakaat yang ke-12
Ditambah selepas daripada bacaan di atas pada rakaat yang ke-16
Ditambah selepas daripada bacaan di atas pada rakaat yang ke-20
Kemudian imam mengakhiri dengan membaca doa ini pada rakaat yang ke-4,8,12,16,
Seterusnya
Thursday, April 9, 2020
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia
- kluster ceo uda yg baru pulang dr china dan telah menghadiri beberapa perjumpaan ketika menjalankan tugas.
- Seterusnya kluster tabligh yg mana salah seorg jemaah baru pulang dr korea dan menyertai perhimpunan tabligh di masjid sri petaling yg mana terdapat lebih dari 10k jemaah dr merata dunia. Allahu π
- Semua perhimpunan sama ada keagamaan, sukan tidak dibenarkanr
- Premis perniagaan tutup kecuali pasaraya, pasar awam dan kedai runcita
- kyat tak dibenar ke luar negarae
- lancong tidak dibenarkan masuk ke dalam negara
- Semua sekolah, IPTA, IPTS, Taska ditutup
- Semua jabatan kerajaan dan swasta kecuali servis kritikal ditutup
10 april Kerajaan telah mengumumkan PKP telah memasuki fasa ke3 dimana akan dilanjutkan dari 14 april hingga 28 april 2020..
Syabas untuk klaster oversea. Semua ini beelaku adalah disebabkan terdapat beberapa kluster besar yg masih aktif. Allahu.. Beetapa selfishnye mereka2 ni. Kalau yg bekerja dan student tu masih boleh diterima. Tetapi ini ada yg dgn bangga bercerita baru balik dr US. Cerita mcmne die dapat simtom hingga la dikesan positif. SubhanaAllah. Dia tak sedar dlm die bangga bercerita tu, sepanjang perjalanan die berapa org yg sudah dijangkiti. Die mungkin mempunyai antibodi kuat maka simtom ringan aje. Tp yg org tua, kanak, pesakit kronik? Astaghfirullah..
#stayathome
#kitajagakita
#kitabolehmenang
Sunday, March 29, 2020
Restricted Movement Order (RMO)
Saturday, March 14, 2020
Ujian Allah
Sunday, March 8, 2020
Selamat Hari Wanita πΉ
Birthday's gift???
Samar2 line ke 2 tu.. Takpe repeat lusa ye eda. Sabarrr.. |