Perang Dunia
Pertama
Akhirnya,
pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada
dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan
Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary.
Setelah
perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali
menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai
Pakatan Pusat.
Berada di
bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan
Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh
Britain.
Kerajaan
Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara
utara Afrika dikuasai oleh Perancis.
Kerajaan
Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan
utara kerajaan Islam.
Perlu diberi
perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan
Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan
pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.
Perpecahan
Negara Arab
Pada ketika
tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat.
Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia,
menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab.
Pejuang
kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Pemerintah
Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain.
Sejak itulah
kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula
menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan
Palestin.
Tentera
Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu
memberi ucapan, "Hari ini, Perang Salib sudah berakhir".
Pada 1917,
Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan
Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya
menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.
Penempatan
Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah
setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir
mencecah 1.4 juta.
Wakil
daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama
Chaim Weizzmann.
Weizzman
juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan
kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis
bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang
tersebut.
Weizzman
mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan
Deklarasi tersebut.
Dek
terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju.
Pada
mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann
menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:
"Encik
Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana
satukah yang encik mahukan?"
"Tetapi,
kami sememangnya sudah memiliki London!"
"Betul
itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun
memiliki tanah Palestin!"
Akhirnya,
British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun
1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau
dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab
kepada Deklarasi Balfour.
Pada tahun
1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Kerajaan
Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan
kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.
British dan
Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak
daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan
memisahkan sempadan agama.
Kejatuhan
Turki Uthmaniyyah
Pada tahun
1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah,
iaitu Istanbul.
Pada tahun
1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan,
yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan,
khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki
baru akan ditubuhkan atas dasar sekular.
Ya,
persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.
Seorang ahli
Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak
pakatan ketika itu, "Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara
Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?"
Lord Curzon
menjawab, "Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi,
kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam".
Dalangnya
utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki
ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan
persidangan tersebut.
Parlimen
kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.
Akhirnya,
Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk
pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan.
Pada pagi
hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar
dan dibuang negeri.
Mustafa
Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.
Holocaust
Keadaan
berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu
Adolf Hitler.
Ketika
tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan
pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4.
Pelan ini
merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu,
majoritinya Yahudi.
Setelah
tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh
Eropah mati dibunuh.
Setelah
mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah
jajahannya yang lain pada 1948.
Penglibatan
Amerika Syarikat
Amerika
Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan
peranan penting dalam penubuhan negara Israel.
Pada
asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki.
Setelah
Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada
adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada ketika
itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika
Syarikat ketika itu, Harry Truman.
Pada November
1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan.
Pada 16 May
1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari
PBB.
Presiden
Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan
Israel di tanah Palestin sehingga kini.
Presiden
Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.
Palestin
Sekarang
Sedari
peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka
negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di
Israel.
Yahudi di
Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada
mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust tersebut.
Dari
situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan
pentadbiran Amerika.
Amerika,
selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa
putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang
dirampas secara haram.
Sehingga
kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan
sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.
Sejak
kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong
Palestin.
Negara-negara
Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.
Sampai bila
keadaan ini akan berakhir? Hanya dua; sama ada Palestin akan terus dihapuskan
dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon,
ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam yang menyokong perjuangan
Palestin.
Di manakah
kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan
kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.
Ataupun,
kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang
membawa kepada kesudahan yang kedua.
Fikir-fikirkan.
0 comments:
Post a Comment