Part 1
Bumi dan
tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh
Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah
ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu
masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang
Dijanjikan Tuhan' kepada mereka.
Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah
kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion,
dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara
Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah
sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah
tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah
tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa.
Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu
jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).
Sejarah Awal
Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim
lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir,
sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.
Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar
Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa
menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah
Palestin tersebut.
Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin
lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan
sebagainya.
Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah
kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah
al-Baqarah.
Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan
Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya
disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan
kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).
Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60
tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.
Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di
tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh
tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani
Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.
Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.
Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama
Kristian.
Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah
pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat
pemerintahan, mengalami Kristianisasi.
Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.
Kedatangan Islam
Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran
Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam,
beliau wafat pada 632 Masihi.
Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari
kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik
Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani
Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur
pemerintahan.
Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya
dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.
Sejak dari
1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali
Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan 'fatwa' mengerahkan
penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa
yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi.
Itulah yang
dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).
Akhirnya
pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah
suci tersebut selama hampir 200 tahun.
Menawan
Semula
Setelah
Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika
itu, semakin hilang semangat.
Keadaan
berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai
Salahuddin Al Ayyubi.
Salahuddin
Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat
perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali
Palestin.
Akhirnya,
pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun
1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.
Sejak itulah
tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai.
Malahan,
penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung
halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.
Kerajaan
Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki
Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.
Proses
modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin
wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar
Turki Uthmaniyyah.
Khalifah
pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah
kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.
Sumber asal
Sumber asal
0 comments:
Post a Comment