Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Thursday, March 15, 2012

Lembaian Kaabah - Madinah Negeri Bercahaya

Isnin, 27 Februari 2012

Sampai di Jeddah dalam lingkungan jam 0400 lebih. Elok2 beg diambil, azan subuh berkumandang. Jadi kami solat subuh di Airport Jeddah dahulu. Cuaca di sini sejuk juga.Mungkin dalam lingkungan 20-23C. Usai solat, terus menaiki bas menuju ke Madinah.

Dalam perjalanan ke Madinah

Gambar setelah turun dari flight di Jeddah

Walaupun dalam flight sudah dijamu 2x makan, tapi perut eda ni tetap lapar.Huhu..Nasib baik mutawwif dah umumkan breakfast sudah dibeli, hanya perlu berhenti di R&R utk ambil dan makan sahaja. Alhamdulillah.... Nasi Lemak tuh !!! ^^ Berebut2 kami ambil makanan, tapi eda macam biasa la ambil gambar dulu baru cari makanan kn. Alamat makanan dah habis, nasib baik hubby dah ambilkan.hehe...thanks syg 


Cepat..siapa cepat dia dapat mkn^_^
Bergambar dpn kedai makanan.Tapi mkn dlm
bas aje >_<
Ok, meneruskan perjalanan kembali ke Madinah. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam. Eda ingatkan dalam sejam dua je. Memang berhari2 dihabiskan dalam perjalanan ye untuk buat umrah haji ni.. Alhamdulillah ketika sampai, tepat2 nak masuk waktu zohor. Beg belumdi ambil dari bas dan bilik hotel pun masih belum dapat, kami terus ke Masjid Nabawi. Ya Allah, hanya Dia sahaja yg tahu perasaan kaim ketika pertama kali melihat Masjid Nabawi dari hotel kami. Hati memang melonjak2 untuk berlari ke sana. SubhanaAllah Alhamdulillah Ya Allah atas kesempatan nikmat ini ku dapat rasakan.

Permandangan Masjid Nabawi dari hotel kami
Seusai solat Zohor
Disebabkan baru pertama kali ke sini, jadi agak blur untuk solat di mana. Tambah  pula mak mertua berkeras untuk masuk ke pintu belakang masjid (kemudian baru eda tahu Raudah di situ), krn dulu2 dia solat di situ, Ya Allah mmg celaru juga fikiran eda time tuh..Tapi akhirnya eda buat keputusan utk solat di tmp kebanyakan wanita solat. Di hadapan luar masjid dan berdekatan dengan pagar kami masuk..Yela, jauh jugak nak kebelakang tuh. Nak kejar solat jemaah kan.huhu...Ikut kaki eda mmg boleh lari, tapi kesian plak kat mak mertua..Dalam hati...Allah tgh menguji kesabaran kau eda.Sabar..kawal ketegasanmu eda ^_^ Hakikatnya mmg jauh nk kebelakang tuh sebab esoknya eda cuba ke Raudah dan hasilnya mmg tercungap2..hehe

Buah tamar sejuk mmg TERBAIK.!!
Perjalanan pulang ke hotel, ada banyak peniaga di tepi masjid. Ternampak buah tamar beku. 1kg 10riyal. Memang sodap.!! Tak sabar nk check in sebab badan berlengas, walaupun kat sini tidak berpeluh.huhu....Alhamdulillah selesai solat Asar baru kami dapat check in. Selebihnya kami solat magrhrib, isyak, dan makan.


Malam itu kami akan dibawa oleh mutawwif untuk memasuki Raudah. Jam sudah menunjukkan pukul 2000..Memang waktu yg sesuai bagi rombongan kami untuk ke Raudah. Bagi lelaki mungkin tiada masalah kerana ia dibuka 24jam untuk lelaki. Mereka boleh bertahajud di dalamnya jika ada rezeki. Bagi wanita, ada 3 waktu yg ditetapkan iaitu selepas subuh hingga jam 1000, selepas Zohor hingga jam 1500, dan selepas Isyak hingga jam 0000.



Mutawwif kami Ustaz Farid sedang beri penerangan
Kami & rombongan..sentiasa terkeluar
dari group..^^
Untuk maklumat rakan2, laluan wanita dan lelaki adalah terpisah utk memasuki Raudah. Sebelum mutawwif kami melepaskan kami di pintu masuk Masjid utk ke Raudah, beliau sempat mendoakan moga kami mempunyai rezeki untuk memasuki Raudah. Yela, mmg ramai yg dtg, jadi takut tidak berkesempatan untuk masuk aje.

Raudah dan Makam Rasulullah SAW serta
2 sahabat; Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar  RA
Pengalaman kami ketika berada di dalam Masjid Nabawi sementara menunggu giliran dari Malaysia masuk ke Raudah, rasanya susah utk kami lupakan. Bayangkan kami masuk ke  dalam masjid jam 2000 dan berjaya memasuki Raudah dlm jam 0100 lebih. 3jam menanti dengan doa yg tidak pernah putus di bibir kami, keyakinan dan semangat pasti Allah SWT akan menemukan kami dgn Raudah, tempat yang telah dinyatakan Rasulullah SAW yg akan berada di Syurga kelak. SubhanaAllah.. 


Sebenarnya ketika waktu menghampiri jam 0100 pagi, pengawal di situ menyuruh kami beredar. tapi kami ttp setia duduk di situ. Kami redha melihat para pengawal membenarkan jemaah dari Turki dan negara arab yg lain masuk terlebih dahulu walupun mengikut giliran, giliran kami sudah lama berlalu.. Di waktu begini, mungkin Allah ingin menguji kesabaran dan kesungguhan kami, ingin melihat sejauh mana kami benar2 ingin memasuki Raudah. Dan akhirnya Alhamdulillah, seorang dari pengawal dtg kpd kami sambil memberi isyarat menyatukan kedua tangannya kpd rakanya seolah2 merayu agar kami dibenarkan masuk. Ya Allah, hati kami sgt gembira dan terharu. Spontan kami beramai2 mengucapkan syukur Alhamdulillah, bukan untuk memerli mereka tetapi tanda syukur kami kepada Allah kerana diberi rezeki untuk masuki ke Raudah..


Hati....hanya Allah yg tahu ketika kaki menjejak karpet bewarna hijau. Memang ramai ketika itu, bertolakan sehingga yg sedang solat pun terumbang ambing ke sana sini. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan bagi kami untuk solat di dalamnya.  Rasa seperti makin lama makin berkurang orang di dalam Raudah, dan kami dapat bersolat dgn senang. Nasihat mutawwif kami, solatlah sebanyak mana kesempatan yg ada..Jagalah solat org lain, insyaAllah solat kita akan dipermudahkan Allah SWT.. Alhamdulillah...


Satu peristiwa yg pelik tapi benar, ketika kami solat ada seorang jemaah tetiba mengambil beg mak mertua eda dan buka mencari sesuatu. Kebetulan bahagian yg dibuka adalah tempat simpanan duit.  Kejadian tersebut menyebabkan mak mertua terpaksa berhentikan solat dan berebut menarik kembali beg tersebut. Alasan jemaah tersebut adalah utk mencari Al Quran. Wallahualam...pasti ada hikmah di sebalik kejadian tersebut. Hanya Allah yg Maha Mengetahui...



0 comments:

Post a Comment