Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Thursday, September 26, 2019

Spring in Perth 2019 ~ Day 2

Day 2

Augusta escape » Cape Leeuwin Lighthouse » Giant Tree Top Walk » Green Pool » Elephant rock » Havana Villas (Albany)

Hari ini akan sambung perjalanan lebih kurang 350km dari Augusta ke Albany. Sejuk sgt2 area augusta ni. Mngkn sbb tepi pantai.. tenang area sini..rs mcm nk ddk sini je hehe..  Sbb apa nk stay augusta escape? Sbb sini jela paling dekat dgn Cape Leeuwin Lighthouse 😊 senang nk checkout lewat dlm jam 9 sblm lighthouse dibuka jam 9.30 😉

Selepas subuh eda akan terus masak utk sarapan dan bekalan lunch. Memandangkan nanti akan lalui kawasan yang kebanyakannya hutan, jd kebarangkalian nak jumpa kedai halal tu mcm tiada 😅

Bilik dan kereta sew kami. Park betul2 dpn bilik senang nk punggah barang2 behe

Hujan renyai pagi ni di augusta. Buka pintu penginapan je terus nampak pasir dan mainan kanak2. Alahai, kalau tak hujan dh lama kami sarapan di laman sambil tgk anak2 main.hehe..

Mainann betul2 depan bilik kami. Tp hujan renyai jd tak dpt majm

Babai Augusta Escape. Penginapan yg sgt selesa dan lengka semua.. Rekemended bg siapa2 yg g augusta.. 5🌟

Dari penginapan ke cape leeuwin lighthouse hanya 15min shj. Tp dari cape leeuwin ke giant tree top walk hampir 3jam perjalanan. Dan ke tempat menarik seterusnya dalamm sejam lebih kurang. Jd kene plan betul2 supaya tak lari waktu utk sampai ke penginapan. Kami terlajak lebih sejam kt cape leeuwin lighthouse. Ketika sampai di cape leeuwin lighthouse, hujan turun agak lebat. Jd suami minta stay dlm keta dulu.  Cuak jugak bunyi angin tiup kuat. Dh la tepi laut hehe.. dh reda skit baru kami bergambar2 di sini.

Tuggu hujan reda skit. Takut dgr bunyi angin laut fuuhhh..


Jom laariiii... Hujan dh rede skit.. Harapan jee, ptghn jln lebat blk 🤣
Mula2 berlari dari ofis ke lighthouse tu tak.hujan lebat lagi. Tp bile dh separuh jalan terus lebat dgn angin ribut skali. Adoi... Sejukkk... Kami teruskan jalan ke lighthouse dgn harapan blh berteduh di bawah bangunan tu. Sekali tak boleh 😅 tp atas ihsan org tu die bg masuk sekejap sementara die tunggu pelawat2 lain ssampai. Hanya yg bayar utk naik ke atas lighthouse sahaja yang boleh masuk bangunan tu sebenarnye. Kami tak naik sbb tinggi dan anak kecil tak boleh naik. Sbb tu tak amik pakej naik atas.. Terfikir nk suruh ssuami je naik atas amik gambar. Tp tetap eda dan anak2 kene keluar kalau tak amik pakej. Mngkin bahaya takut anak2 panjat tangga atau ade kecemasan nnt kot. Tak boleh ddk dlm bangunan ni katanya. Ermnn suami ckp xpela, hujan pun dh rede skit jom kite keluar amik gambar 😌

Gambar tangga dlm lighthouse tu. 
Kenangan depan lembu meneropong
(taktau apa signifikan lembu tu di situ 🤣)

Seterusnya bersedia dgn 3jam lebih perjalanan ke destinasi setersnya, Giant tree top walk. Actually eda tak masukkan pun iti tmp ni. Sbb takut dukung anak jln atas tu. Lg2 den jenis gayat 😅 tp bile cik abe ade ty sblm fly psl pokok besau2.. jd bini eh terus masukkan dlm list. Laki den survey jugak rupanya. Ingatkan die ikut je plan bini die hehehehe..


Kakngah mula2 je gayat sbb nampak bawah. Lama2 ok tp still slow die jln 😅

Mama gayattttt 😂😂😂😂


Seronok sbnrnye masuk sini. Jln atas jembatan tu mmg selamat. Nk bw stroller pun blh. Tp kami dukung jela. Lg pun si adik ni suke jln..gayat tu mmg gayat. Lg2 bile beramai2 jln atas tu, bergoyang2 jd eh 😵 pokok yg berlubang tu ade di hujung skit perjalanan. Fee masuk sini $21 aud seorg.. Kanak2 free.. Jd jln la lama2 sampai semput supaya berbaloi msk sni kekeke..

Ade byk pokok2 lubang camgini. Ade yg dh takde daun (xsure hidup or mati), ade yg masih berdaun..

😍😍😍😍

Walaopun dikelilingi hutan, tp cantik sgt permandangan dlm ni..

Ok setersnya ke Green pool dan elephant rock. Sebelah2 je 2 tmp ni. Dan air lautnye mmg masyaAllah sgt cantik. Kalau tinggal sini mmg rasmcm ddk syurga dunia hehe..dua2 tmp ni free masuk.

Cantik pantai di sini. Hijau kebiruan 😍

Mulakan perjalan turun ke pantai green pool


Turun punya turun, dh nampak tepi laut. Teruja 😍

Green pool kene berjalan skit dlm 500m turun tangga baru sampai di tepi pantai.. Bile nak balik, tercungap2 panjat tangga tu balik haha.. Stamina eda.. Stamina ko mane 😅 lepas berjaya sampai ke kereta, terus ke sebelah pula. Elephant rock. Tp suami jela yg pegi. Kami dah tak larat nak daki bukit kekeke...

Bermain di tepi pantai green pool. Budak 2ketul ni mng suke sejuk2 cmni 😅

Luruskan tulang menulang sblm sambung pjlnn ke penginapan di albany

Tok laki selfie dgn elephant 😅

Elephant Rock

Kami singgah di tepi sungai untuk solat sebentar. Hajat dihati nk solat sambil ddk di pondok tgk sg. Sekali ade itik keluar dr sungai beramai2 dtg ke kami. Comel ada, takut pun ada kalau kene ketip 😂 terbantut hajat nk solat situ. Adoi... Tempat dh best dh nk solat. Itik.. Itik... Last solat tepi jln ade carpark..

Tetibe disapa itik2 ni 😂

Kakngah ckp "babai itik.. Kami gerak dlu" 😅

Kami mulakan perjalanan ke albany ketika sudah gelap. lama sgt bila berhenti2 di sana sini. Betul2 menghayati permandangan huhu.. Agak merbahaya sbnrny drive mlm2 di highway sbb takut kanggaru melintas. Mmg byk pun bangkai kanggaru sepanjang pjlnn tu..tawakal jela. Bw slow.. alhamdulillah selamat sampai havana villas jam 8 lebih.. Ofis mereka sudah tutup. Tp mrk dh siap2 gantung kunci dan map ke penginapan dalan envelop atas nama suami. Masuk2 je umah terus mandi solat makan dan zZzzz...

Sampai2 havana villas terus buat site visit bdk2 ni..

Makan time...



0 comments:

Post a Comment