Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Tuesday, December 4, 2012

Doa Memohon Perlindungan Allah Semasa Hamil


Semasa hamil, kita pasti mahukan pembentukan dan pembesaran kandungan yang terpelihara daripada gangguan syaitan dan sekutu-sekutunya. Dunia makin hari makin kuat ancamannya terhadap kerohanian ibu dan juga anak. Oleh itu, awasilah langkah dan tingkah-laku kalian. Peliharalah pendengaran, penglihatan, perbuatanmu, lebih-lebih lagi hati nurani daripada noda dan hasutan syaitan.

Ketika sedang hamil/mengandung, seeloknya si ibu memperdengarkan bayinya bacaan ayat suci al-Quran. daripada bagi baby dengar lagu-lagu cinta ke apa, lebih baik bagi baby dengar ayat suci al-Quran. Ada sesetengah ibu mengatakan mereka dapat rasakan gerakan baby yang aktif ketika sedang membaca ayat al-Quranالحمد لله‎ .. paling tidak, kalau tak sempat nak baca al-Quran, amalkan sahaja zikir, selawat dan membaca surah-surah yang dihafal. terutamanya pada waktu-waktu relax macam sebelum tidur. kalau tak dapat tidur, daripada mengelamun, better baca surah2 yang kita ingat. baby pun suka, pahala pun dapat, InsyaALlah lebih diberikatiNya,




Untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah, maka kita mesti terlebih dahulu mengislahkan (mengelokkan/memperbaiki) diri. Insya-Allah, zuriat yang soleh/solehah akan Allah kurniakan jua.


رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينَ 


وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونَ

"... Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari
hasutan syaitan-syaitan

Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku,

supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku."

[Surah Al-Mu'minuun: 97 - 98]


Berikut merupakan beberapa ayat Al Quran yang baik di amalkan.  إن شاء الله...

Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)

Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung ;

■ Mengamalkan solat wajib dan sunat
■ Mengamalkan zikir
■ Membaca al-Quran
■ Mendengar muzik yang tenang
■ Membaca buku-buku ilmiah
■ Berbual dengan anak dalam kandungan
■ Menjaga adab dan emosi
■ Tidak tertekan atau stress
■ Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan
■ Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)
■ Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
■ Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar


0 comments:

Post a Comment